Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Wanita Bawa Kereta, Apakah Kelebihannya?

Wanita Bawa Kereta, Apakah Kelebihannya? Jika wanita pandai bawa kereta adalah satu kemudahan baginya. Mudah nak menguruskan diri sendiri, anak-anak dan juga mengurus kerjayanya. Wanita yang memandu kereta sendiri mungkin sebab dah selalu sangat jadi penunggu orang nak bawa dia ke sana ke mari. Sebab itu, saya pun mengagahkan diri drive kereta sendiri untuk memudahkan urusan dan tidak mahu menyusahkan orang lain.


Wanita tak mesti nak pandu kereta sendiri jika suami atau ada orang yang boleh dia harapkan pada masa-masa kecemasan. Namun jika bawa kereta sendiri itu dapat menyelesaikan banyak urusan, ia amat digalakkan.

Wanita Bawa Kereta, Apakah Kelebihannya?


Kalau dapat kereta cantik macam dalam gambar hiasan di atas, memang wanita dah tak kisah pasal aksesori. Asal boleh drive, okay dah.. hehe

Wanita Bawa Kereta, Apakah Kelebihannya?


Banyak taw kelebihannya bila wanita bawa kereta.. Jom kita semak senarai di bawah, adakah ia memang ada pada setiap wanita..

1. Isi minyak selalu penuh - betul tak duhai wanita? Kalau tengok kat simbol fuel tu Full, suka dan rasa tenang je.. Nak pegi mana pun boleh sampai

2. Isi minyak tak tunggu signal kuning - hehe, betul sangat. Kalau minyak tinggal 1 cm gitu, dah kelam kabut nak isi. Sebab takut dengan signal kuning tu la.. Dekat simbol "E", huhu

3. Ikut displin - ya betul. Mesti nak pakai seat belt walau setakat nak pergi rumah jiran setaman. Kalau tak pakai seat belt macam lain je perasaan tu

4. Memandu berhati-hati - perlahan dan berhati-hati tu lain ya. Mereka memandu mengikut had laju yang dibenarkan sebab sayang duit nak bayar saman. Betul tak wanita??

5. Memudahkan urusan sendiri - Contohnya jika ada barang tertinggal, kena kerja lebih masa.. Tak perlu minta suami tunggu atau menyusahkan dia. Rasa nak ke mana je dah boleh bawa diri sendiri. Terutamanya jika nak menyoping (shopping le..)

6. Jimat duit membazir cari aksesori - Wanita tak kisah samada keretanya itu ikut latest design aksesori kereta dan sebagainya. Tak sibuk nak pasang spoiler, sport rim pun tak hairan nak tukar atau nak tambah skirting yang fancy. Yang penting kereta ada minyak dan boleh jalan. Haha..

Begitulah lebih kurang kelebihan-kelebihan wanita yang boleh bawa kereta sendiri. Namun saya perasan, wanita masih mengharapkan orang lelaki untuk check kan perkara-perkara teknikal daripada orang lelaki. Contohnya nak check angin tayar, check air, minyak auto, dan banyak lagi.

Sekadar pandangan peribadi je, no hard feeling eh.. 😊😊

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Kalau perempuan pandai memandu, boleh ke mana2 sendiri (dgn izin suami) tanpa perlu harapkan suami hantar/amik kalau suami ada kerja lain. Pengalaman sendiri, ada pempuan bg alasan tak boleh menjaga ibu dia sakit atas alasan dia xreti memandu utk ke klinik every day utk urusan kesihatan ibu dia. Alhamdulillah saya memang digalakkan oleh ibu saya untuk amik lesen & praktis bawak kereta agar senang di kemudian hari.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kalau ada kecemasan, sangat lah berguna boleh bawa kereta. asalkan kereta tak rosak ja la. hehe

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close