Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Azab Allah Tiada Satu Kuasa Pun Dapat Menghalangnya

Azab Allah Tiada Satu Kuasa Pun Dapat Menghalangnya. Percayalah pada janji-janji Allah tentang pembalasan baik dan jahat, tentang syurga dan neraka. Yang melakukan kemungkaran akan di azab di atas segala perbuatannya. Yang patuh pada suruhanNya, akan mendapat balasan nikmat syurga serta kebaikan di dunia lagi. Jadi, berpeganglah pada tali Allah. Insya Allah, kita terhindar dari balasan azab di dunia atau akhirat.

Benar orang kata. Yang dinilai adalah akhiran hidup kita. Jangan jadi akhiran hidup kita seperti iblis laknatullah. Dialah yang paling kuat beribadat dan paling alim tetapi kerana tidak mahu dengar suruhan Allah untuk tunduk kepada Adam, dia dimasukkan ke neraka. Na'uzibillah..

Azab Allah Tiada Satu Kuasa Pun Dapat Menghalangnya


Azab Allah amatlah pedih. Janganlah kamu angkuh jika kamu terlepas dari azabnya sekarang, pada satu masa yang dijanjikan kamu pasti mendapat balasannya. Tak di dunia, di akhirat sana menanti.

Azab Allah Tiada Satu Kuasa Pun Dapat Menghalangnya

APABILA ALLAH MENGAZAB, TIDAK ADA SATU KUASA PUN YANG DAPAT MENGHALANGNYA

Firman Allah SWT :

أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَمۡ یَكُونُوا۟ مُعۡجِزِینَ فِی ٱلۡأَرۡضِ وَمَا كَانَ لَهُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِیَاۤءَۘ یُضَـٰعَفُ لَهُمُ ٱلۡعَذَابُۚ - [Surat Hud 20]

‎Terjemahan :

"Mereka itu tidak akan dapat melemahkan kekuasaan Allah daripada menimpakan mereka dengan azab di dunia, dan tidak ada pula bagi mereka, yang lain dari Allah, sesiapapun yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksaNya."

Ingatlah sahabat semua, satu masa nanti setiap perbuatan jahat dan kemungkaran akan mendapat balasan. Sekarang kamu mungkin tertawa sinis mendengar nasihat demi nasihat. Kononnya kamu masih muda. Balasan azab Allah tidak mengira usia. Muda, tua, cantik, buruk dan sebagainya, semua akan diberikan balasan sepertimana ia lakukan.

Jangan bangga waktu usia muda kamu tak mahu bertaubat. Esok lusa katanya. Tidakkah terjentik di hati jika hari ini sebentar lagi Allah telah menjemputmu. Masihkah ada hari esok buatmu??

Renungkanlah! Segeralah bertaubat jika kamu tidak mahu di azab oleh Allah atas segala perlakuan dan perbuatanmu.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close