Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Puding Jagung Ringkas Dengan Sukatan Cawan Yang Pasti Sedap

Cara Buat Puding Jagung Ringkas Untuk Berbuka Puasa. Ada ke yang nak masak puding jagung untuk buka puasa petang ni? Tak pandai nak buat? Ha, jomlah belajar ikut resepii di bawah resepi puding jagung yang simple.

Saya memang meminati kuih puding jagung. Sewaktu kecil dahulu, saya dapat merasa kuih puding jagung ini apabila ibu saya mahu memberi kuih untuk sesuatu majlis kenduri ataupun majlis perkahwinan jiran tetangga. Kuih puding juga sesuai sebagai makanan pencuci mulut.

Resepi Puding Jagung Ringkas Dengan Sukatan Cawan


Dulu-dulu bonda saya memang masak puding jagung tetapi bukan selalu. Sebab, nak beli jagung dalam tin lagi, tepung jagung dan susu cair semua tu, banyak jugak kosnya.

Tapi sekarang ni, kalau nak makan.. Saya order mintak kawan saya buatkan. Hehe.. Sebab, saya malas sikit nak buat segala puding bagai ni.. Hehe

Gambar Dan Cara Buat Puding Jagung Ringkas Untuk Berbuka Puasa 


Bahan-bahannya:
  • 1 cawan gula
  • 1 tin jagung tanpa krim
  • 1 cawan tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/3 cawan susu cair
  • 3 suku cawan santan
  • Sedikit garam


Cara membuatnya:



Gaulkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas. Didihkan di atas api. Kacau hingga masak (seperti kelihatan pekat dan berminyak). Rujuk gambar bawah..


Tuang ke dalam bekas. Siap untuk dihidangkan setelah sejuk.


p/s: Jangan risau, kan saya dah kata ringkas...so, memang ringkas kan?

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close