Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cerita Tentang Buah Delima Dalam Al Quran

Cerita Tentang Buah Delima Dalam Al Quran. Entri ini bersambung daripada khasiat buah delima untuk kesihatan. Buah delima adalah satu daripada 6 jenis buah yang disebut di dalam al Quran. Selain buah delima, 5 lagi buah yang disebut dalam al Quran adalah buah zaitun, buah tin, buah anggur, buah pisang dan buah kurma. Alhamdulillah.. kesemua buah-buah yang disebutkan di atas, saya telah pun menjamahnya dan merasai keenakannya. Pasti ada hikmat dan sebab tersendiri mengapa Allah menyebut nama ke enam-enam buah tersebut. Wallahu'alam.

Buah delima antara buah yang istimewa, banyak khasiatnya dan dikatakan setiap biji di dalam buah delima adalah dari syurga. Subhanallah. Patutlah orang akan makan sebiji-sebiji isi buah delima ni, makan sikit-sikit kerana ia amat berbeza daripada buah-buahan yang kita jumpa.

Gambar Dan Cerita Tentang Buah Delima Dalam Al Quran


Cerita Tentang Buah Delima Dalam Al Quran


Rasulullah bersabda,

“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”

(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahawa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandungi satu biji dari salah satu biji dari syurga. Barangkali biji ini adalah yang dari syurga itu.” (Kisah sahabat) **sumber

Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

1. Membaikpulih fungsi hati dan limpa

2. Mencuci buah pinggang dan salur kencing

3. Membantu penghadaman

4. Membuang lemak-lemak berlebihan

5. Menambah tenaga

6. Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung

7. Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause

8. Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah

9. Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis

10. Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin

11. Mencantikkan kulit

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima syurga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

Allah SWT berfirman, “Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman,” (QS. Al An’am: 99).

Ayat lain menyebutkan 

“Di dalam keduanya (surga) juga ada buah-buahan dan pohon kurma dan delima,” (QS. al Rahman ayat 68).

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat dan ilmu baru kepada kita semua. Setiap kejadian yang Allah turunkan kat atas muka bumi ini ada hikmahnya. Jangan pandang remeh apa yang ada di sekeliling kita.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close