Jangan Putus Doa Ini Sepanjang Ramadan. Selagi anda berpuasa di siang hari dalam bulan ramadan, doa anda akan termakbul. Tiada doa yang tidak dimakbulkan bagi orang yang berpuasa dalam bulan ramadan sehinggalah dia berbuka. Makanya, berdoalah di siang hari tanpa lelah, jangan putus asa mengharapkan belas ehsan dari Allah. Mintalah sebanyak mana yang kamu mahu kerana itulah kelebihan orang yang sedang berpuasa dalam bulan ramadan.
Jangan Putus Doa Ini Sepanjang Ramadan
Apakah doa yang boleh di amalkan dalam bulan ramadan? Antara doa yang baik diucapkan dalam bulan suci ramadan adalah doa mohon ampun diampuni dosa-dosa kita. Doa untuk ibu bapa, doa untuk keselamatan umat islam di seluruh dunia dan banyak lagi.
Ada lagi satu doa yang mesti baca dalam bulan ramadan, jangan tinggalkan untuk baca doa ini. Doa apa tu?? Doa supaya dapat bertemu malam lailatul qadar. Itulah doa yang sering dibaca oleh Nabi dan para sababat sepanjang bulan ramadan.
Doa 1:
Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan ramadan ini dan temukanlah kami dengan lailatul Qadar.
Doa 2:
Boleh juga amalkan doa di bawah agar dapat bertemu malam lailatul qadar. Kita berusaha, yang memberikan adalah Allah SWT jua.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua. Semoga kita direzekikan dengan bertemu malam seribu bulan iaitu malam lailatul qadar.
Insya Allah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.