Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan? Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? Ayat yang sama yang diulang-ulang dalam surah Ar-Rahman. Jadi, tidakkah kamu bersyukur di atas segala kurniaan? Lahir sihat, tidak cacat, dibesarkan oleh kedua orang tua, dapat pergi ke sekolah, setiap hari dapat makan dan dapat bernafas dengan tenang. Mikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Tidakkah kamu bersyukur? Tidakkah kamu menyedarinya wahai umat manusia.


Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?’, atau sebutannya, ‘Fabi-ayyi Aala Irobbikuma Tukazzibaan’. 

Dalam surah ar Rahman, Allah menyebut ayat tersebut sebanyak 31 kali. Kenapa? Supaya kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang di anugerahkan. Syukur selalu, maka Allah tambahkan lagi nikmat rezeki kamu. Percayalah!!
 

Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?



Setiap kali mengeluh bila sedikit diuji. Bila tak dapat banyak untung, pun mengeluh. Menyalahkan sana sini. Bukankah dalam setiap rezeki mu ada rezeki orang lain? Maka, tidakkah kamu bersyukur lalu menyalurkan sedekah atau memberi kepada mereka yang memerlukan. Kemudian, percayalah.. Allah akan hadirkan kamu lebih rezeki dari pelbagai sudut yang kamu tidak jangka pun.. maka nikmat TuhanMu 

Saat kamu dihina dan dicaci, didatangkan fitnah dari sahabat sendiri. Tidak kah kamu bersyukur? Telah Allah bukakan ruang dan peluang untuk kamu lebih dekat denganNya. Melalui doa-doa dan tahajjud. Dengannya kamu mendekati Allah, melupakan kesukaran dengan manusia. Dan, kamu kembali taat kepada Tuhan Yang Satu. Maka, nikmat TuhanMu yang mana nak kamu dustakan? Mungkin sesuatu perkara itu tak kamu sukai tetapi itulah yang terbaik yang Allah rencanakan buat kamu. Bersabarlah saat diberi ujian. 


Allah Menjadikan Tumbuh-Tumbuhan Yang Melata 



‘Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu masing-masing tunduk kepadaNya. Dan langit telah ditinggikanNya serta Dia meletakkan neraca (mengadakan undang-undang dan peraturan dengan adil).

‘Supaya kamu tidak melampaui batas dalam timbangan itu. Dan tegakkanlah cara menimbang itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi timbangan itu. Dan bumi pula telah dijadikan rata untuk kesenangan makhluk-makhlukNya.

‘Di bumi itu terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang. Demikian juga, terdapat biji-bijian yang berkulit dan bunga-bungaan yang harum.

‘Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

‘Dia menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat kering seperti tembikar. Dan Dia telah menciptakan jin daripada lidah nyalaan api (yang tidak berasap).

‘Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?’

Bersyukurlah saat kamu dikurniakan rezeki dan bersabarlah ketika kamu diberikan ujian. Ingatlah, setelah dari sekian banyak nikmat yang Allah turunkan, tidakkah kamu menyedarinya? Tidakkah kamu menginsafinya. Maka, renungkanlah!

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close