Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Masa Terbaik Untuk Makan Pagi, Tengahari & Malam

Masa Terbaik Untuk Makan Pagi, Tengahari & Malam. Adakah dalam waktu cuti panjang #PKP ini anda semua makan tak tentu masa? Sesuka hati masuk dapur tanpa kira masa, makan dan makan lagi walau sebenarnya tak lapar? Hentikanlah perangai tak senonoh tu ya.. 😀😀 sebab dapur pun benci tengok kita. Peti ais pun naik berbulu tengok perangai kita. Bersopanlah sikit, dapur pun nak berehat, apatah lagi orang yang tukang masak nya tu.. Hehe

Oh ya, perut pun kena berehat. Kalau makan tanpa kira waktu, perut akan jem. Macam otak kita bila bekerja tanpa henti tu. Stress taw.. jadi, kawal waktu makan anda agar perut dan organ dalam tubuh dapat berehat dan bekerja pada waktu yang perlu sahaja. Okay ✌✌✌


Masa Terbaik Untuk Makan Pagi, Tengahari & Malam


Saya share kan jadual waktu untuk makan agar ia jadi panduan kepada kita semua.

Masa Terbaik Untuk Makan Pagi, Tengahari & Malam

Sarapan;

Waktu terbaik = 7.00 - 8.00 pagi
Tidak melebihi = 10.00 pagi
Peringatan: Sarapan mesti diambil pada awal pagi untuk memberikan tenaga kepada otak dan tubuh sebelum memulakan tugas harian anda.

Makan Tengahari;

Waktu terbaik = 12.00 tengahari - 2.00 petang
Tidak melebihi = 3.00 petang
Peringatan: Makan tengahari terbaik adalah selepas 4 jam dari waktu sarapan anda. Ia bagus bagi mengawal glukos dalam darah dan mengurus pemakanan anda.

Makan malam;

Waktu terbaik = 6.00 petang - 8.00 malam
Tidak melebihi = 9.00 malam
Peringatan: Makan malam 2 jam sebelum masuk tidur supaya dapat tidur yang nyenyak dan kalori digunakan dengan efisien.

So, berdasarkan info di atas, kita boleh menyusun waktu makan dengan betul, agar kesihatan dapat diurus dengan baik. Selain itu ia juga bagus untuk mengajar kita agar makan apabila lapar dan pada waktu yang sesuai.

Semoga bermanfaat.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close