Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sambal Telur Rebus Menu Popular Ramadan

Resepi Sambal Telur Rebus. Hmm.. menu inilah yang paling popular dalam keluarga kami waktu bulan ramadan. Sebabnya, mudah nak buat dan anak-anak suka. Bapaknya pun suka juga, haha.. selain itu menu lain yang amat biasa dimasak adalah ayam goreng. Ayam goreng itu dah jadi menu wajib nampaknya.. macam-macam kan..

Oleh kerana dah dekat puasa ni, saya akan share menu yang popular dan disukai ramai iaitu sambal telur rebus.

Resepi Sambal Telur Rebus 


Inilah gambar sambal telur saya yang dah siap. Sambal telur ayam dan telur puyuh pun boleh.

Resepi Sambal Telur Rebus Menu Popular Ramadan

Bahan-bahan:

8 biji telur - direbus
10 tangkai cili kering - kisar
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 batang serai - kisar
1 inci halia - kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya

Cara Penyediaan Sambal Telur Rebus 


1. Tumis semua bahan kisar hingga masak dan naik baunya. Lama sikit pun tak apa. Biar sambal tahan lama.

2. Perisakan dengan garam dan gula. Kecilkan api. Biar sambal masak lagi hingga naik minyak.

3. Akhir sekali baru masukkan telur rebus.

4. Matikan api. Siap untuk dihidangkan.


Resepi Sambal Telur Rebus Menu Popular Ramadan

Selamat mencuba semua. Sambal telur rebus memang sedap, kalau anak-anak suka, saya akan rebus telur banyak sikit, takut tak cukup. 🤣🤣. Walau apa pun, masakan dengan kasih sayang akan sedap rasanya. Hehe..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. suka mkn telur rebus, tp nak masak sambal tu... x pandai 😂😂😂 selalunya masak dgn sos ja

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close