Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sahur Simple Dengan Telur Masak Kicap Dan Ikan Kering Membuka Selera!

Sahur Simple Dengan Telur Masak Kicap Dan Ikan Kering Membuka Selera! Dah masuk hari ke 6 berpuasa, tak tahu dah nak masak menu apa masa bersahur. Orang kat rumah ni pulak sahur mesti nak makan nasi. Jangan sesekali tayang mee depan mata, memang tak jalan. So, pagi ni kita kasi menu paling rare iaitu ikan kering dengan petai dan telur masak kicap! Sedap ke idok?? Jawapannya... mestilah licin. Sedap la tu.. telur kicap untuk si kecil dan ikan kering dengan petai untuk En suami. Tak dak sayur pun tak apa.. simple kan?


Sahur Simple Dengan Telur Masak Kicap Dan Ikan Kering Membuka Selera!


Telur masak kicap pulak memang mudah disediakan. Kalau sesiapa tak pandai masak memang menipu.. itulah menu yang dari kecik mak kita dah ajar. Hehe..

Gambar Sahur Dengan Telur Masak Kicap

Gambar Sahur Dengan Telur Masak Kicap

Nampak simple bagi kita tapi special bagi orang lain. Sebab, citarasa sahur tekak orang ni lain-lain. Macam saya memang tak makan petai mentah macam tu, tapi En suami dia ratah gitu je.


Macam saya dengan si kecik makan telur kicap pun dah sedap. Makan dengan nasi panas-panas. Habis satu mangkuk tu kami kerjakan.


Nak lebih sedap, masukkan sebatang kayu manis dalam telur masak kicap tu. Hmm.. bau harum dia lain macam..

Lain-lain bahan biasalah.. kicap secukupnya, telur goreng mata, bawang besar dan bawang putih hiris, cili padi 10 tangkai hiris, 1 inci halia pun dihiris, garam dan serbuk perisa, jika suka.

Mudah kan? Makan sahur santai-santai, yang penting perut kenyang. Alhamdulillah..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close