Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Senarai Kebaikan Yang Simple Dibuat Dalam Bulan Ramadan

Senarai Kebaikan Yang Simple Dibuat Dalam Bulan Ramadan. Sebab apa nak buat baik? Adakah hendakkan penghargaan orang? Kalau ya, apa yang dia bagi? Bolehkah dia jamin syurga untuk kita? Tidak kan.. kerana syurga hanya milik Allah. Dia yang punya, dan hanya yang Dia pilih saja yang boleh masuk ke dalamnya. Orang macam kita boleh masuk syurga, insya Allah. Tetapi kena bawa bekalan dari dunia. Bekalan apa? Amal jariah kita.

Untuk masuk ke syurga Allah, kita kena perbanyakkan amalan kebaikan, sentiasa tidak berhenti mengharapkan redha Allah. Lakukan lah kebaikan-kebaikan ketika hidup dengan berterusan, walaupun secara perlahan-lahan.


Senarai Kebaikan Yang Simple Dibuat Dalam Bulan Ramadan


Sebagaimana dikongsikan oleh lembaga tabung haji di instagram, saya kongsikan kepada anda semua pembaca blog kesayangan saya ni.

Gambar Senarai Kebaikan Dalam Bulan Ramadan

Senarai kebaikan-kebaikan yang kita boleh lakukan dalam bulan ramadan;

1. Puasa
2. Bersahur
3. Khatam al Quran
4. Memberi sedekah
5. Bangun solat malam, qiamullail
6. Solat terawih
7. Berzikir
8. Berzakat
9. Bercakap yang baik-baik

Di antara banyak senarai di atas, kebaikan yang manakah yang anda lakukan dalam bulan ramadan yang mulia ini?

Kita buat baik setiap masa bukan sebab kita baik, tetapi kita takut tak ada sedikit pun kebaikan yang boleh bawa kita masuk ke syurga Allah. Sebab apa? Sebab kita tak tahu adakah kita buat amal kebaikan kerana Allah atau kerana manusia? Selalu confuse, kan? Itulah kita.. iman senipis kulit bawang. Sekejap ikhlas sekejap buat kerana orang lain. Hanya Allah yang menilai keikhlasan kita tu.

Jadi, bersungguh-sungguhlah melakukan amal kebaikan ketika kamu berdua-duaan dengan Allah. Menangis sampai bengkak mata pun tak apa. Mintalah ampunan kepadaNya. Ikhlas akan hadir ketika tidak ada orang lain bersamamu kecuali ALLAH.

Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah Maha Cinta. Semoga kita kautlah sebanyak mana cinta, kasih dan sayang Allah agar Allah selalu memeluk kita dalam rahmatNya.

Wallahua'lam.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close