Sibukkanlah Dirimu Dengan Perihal Dirimu. Maksudnya jangan sibuk jaja hal orang lain, memfitnah, bergosip tak tentu waktu pagi petang, siang dan malam. Kerana waktu dah semakin suntuk untuk kita sibuk hal orang lain tetapi terlupa untuk mengumpul bekal ke akhirat. Dalam satu hari ada 24 jam tetapi waktu bergerak tersangatlah pantas, macam sekelip mata dah malam. Pejam celik sebulan dah macam sehari je sekarang ni. Perasan tak? Maka sibukkanlah diri kita dengan menambah baik setiap aspek kehidupan samada untuk dunia atau pun akhirat.
Sibukkanlah Dirimu Dengan Perihal Dirimu
Jawapan yang saya selalu simpan kemas di hati saya ialah sebuah nasihat yang diberikan oleh Dr Aidh al-Qarni hafizahullah.
Beliau berkata:
انشغل بنفسك ولا تنشغل بغيرك
"Sibukkanlah dirimu dengan perihal dirimu dan jangan sesekali kamu sibukkan dirimu dengan perihal orang lain".
Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan masanya untuk berbicara tentang manusia lain.
Hidup ini jaraknya dengan mati ibarat sejengkal saja. Janganlah kita sibuk mengejar dunia. Makin dikejar, dunia makin lari dari kita. Kita kejar lagi hinggalah lelah dan kehilangan tujuan hidup.
Kejarlah akhirat. Tujuilah arah langkahmu mendekat dengan Allah. Semoga kamu peroleh ketenangan.
Maka, usahlah sibukkan dengan hal orang lain atau hal dunia semata-mata. Kerana kamu bukan saja ada tanggungjawab membawa diri sendiri menuju ke syurga Allah, tetapi sebaliknya bawalah bersama ibu, bapa, adik beradik, anak isteri bersama-sama ke jannahNya. Kerana di akhirat lah nanti tempat yang kekal selama-lamanya.
Wallahu'lam.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.