Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Suka Ataupun Tidak, Engkau Tetap Akan Kembali Kepada Allah

Suka Ataupun Tidak, Engkau Tetap Akan Kembali Kepada Allah. Memang itulah fitrah kejadian manusia dan segala makhluk di atas muka bumi ini. Yang hidup akan mati. Yang pergi dah takkan kembali. Bertepatan dengan krisis wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ni, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Kita mohonkan agar Allah SWT lenyapkan terus virus Covid-19 dari atas muka bumi ini. Virus pun makhluk Allah. Dari Allah dia datang dan kepada Allah lah tempat dia kembali. Tetapi bila? Hanya Allah yang Maha Mengetahui bilakah ujian ini akan berakhir.

Suka Ataupun Tidak, Engkau Tetap Akan Kembali Kepada Allah

Engkau Tetap Akan Kembali Kepada Allah


Berbalik kepada tajuk postingan saya di atas, memang benar kita semua dihidupkan hanya untuk beribadat kepada Allah dan bila tiba masa yang dijanjikan di Luh Mahfuz, kita akan kembali jua kepada Sang Pencipta. 

SUKA ATAUPUN TIDAK, ENGKAU TETAP AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH

Firman Allah SWT :

Ø¥ِÙ„َÙ‰ ٱللَّÙ‡ِ Ù…َرۡجِعُÙƒُÙ…ۡۖ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ٰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÛŒۡØ¡ࣲ Ù‚َدِیرٌ

[Surat Hud 4]

Terjemahan :

"Kepada Allah jualah kembalinya kamu, dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Sebelum sampai masa untuk kembali, tunaikan janji-janji kita kepada Allah. Untuk apa kita hidup?? Apakah janji kita kepada Allah? Sudah pasti lah kita hidup ni untuk beribadat kepada Allah. 

Adakah ibadat itu terhad kepada solat saja? Puasa dan membaca al Quran sepanjang masa? Tidak ya kekawan.. ibadat itu luas skop rangkumannya. 

Bekerja bersungguh-sungguh demi rezeki yang halal juga ibadat. Menuntut ilmu hingga ke liang lahat juga ibadat. Menjual goreng pisang di tepi jalan juga ibadat. Bersukan dan berkebun juga ibadat.

Justeru, sebelum datangnya hari kita kembali kepada Allah, kita tunaikan lah janji kita untuk beribadat kepada Allah.

Hidup kita hanya ada satu tujuan iaitu beribadat kepada Allah sehinggalah nafas terhenti dan amalan kita terputus dari dunia.

Wallahu'alam.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close