Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Throwback Income Google Adsense Dalam Bulan Ramadan Cecah USD41 Sehari


Lihatlah tajuk tu.. sangat impressive kan? Kalau anda seorang blogger sepenuh masa, dapat income Google Adsense (GA) macam tu, mestilah rasa lega, kan? Dapat bayar perbelanjaan bulanan dengan jayanya. Ini adalah entri republish tahun 2017 punya bulan ramadan. Rezeki bulan ramadan orang kata.. baca naa.. THROWBACK!!🤩🤩

******************************************

Google Adsense Meningkat 254% Dalam Bulan Ramadhan. Inilah dah namanya rezeki ramadhan. Kalau dah rezeki tak kemana. Allah SWT memperkenan doa hambaNya yang berpuasa. Mohonlah apa saja dalam bulan Ramadhan dan ketika anda sedang berpuasa.. doa anda akan dimakbulkan.

Hari yang dinanti telah tiba. Notification pun dah dapat pagi tadi, 22/6/2017. Kalau waktu USA, memang masih 21 Jun 2017. Selamat hari gaji kepada blogger yang pasang iklan Adsense dalam blog. Selamat maju jaya dalam kerjaya blogger anda samada full time atau part time.

Sebenarnya peningkatan income Adsense yang berkali ganda adalah disebabkan jumlah trafik yang datang yang berkali ganda berbanding bulan-bulan lainnya. Dia orang cari resepi, tu yang income naik mendadak. Nanti bila dah abis bulan mulia ramadhan, incone Adsense kembali lesu. Haha... gitulah gayanya. Jangan anda ingat saya guna trick kotor nak dapat income Adsense yang banyak macam tu...
Google Adsense Meningkat 254% Dalam Bulan Ramadhan
Gambar hiasan

Google Adsense Mencanak 254% Dalam Bulan Ramadhan 


Ada amalan yangboleh dilakukan agar reseki yang diperolehi semakin bertambah makmur, berkat dan bertambah luas. Bagaimana tu? Mudahnya nak rezeki semakin melimpah ruah.

Beri dulu baru anda akan dapat. Iaitu melalui sedekah jariah di jalan Allah. Sedekah kepada mereka yang amat memerlukan. Hanya Allah yang berhak memberi dan menarik nikmat rezeki yang diberi. Jadi, mengapa tidak kita beri dulu bahagian kita yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar dari itu iaitu redha dan kasihsayang Allah.

Di bawah ini adalah laporan income saya pada bulan ramadhan. Setakat 21/6/2017. Semoga dapat jadi inspirasi kepada anda di luar sana. Semuanya datang dari Allah, yang nyata atau tersembunyi.


Alhamdulillah.

Income paling tinggi sehari boleh dapat USD41.76 iaitu pada 13/6/2017. Anggaran duit MYR dapatlah MYR176.04 sehari.

Ingat tak dulu saya kata dan berazam nak capai USD50 sehari? Insyaa Allah, kita akan bergerak ke arah itu. Terima kasih sahabat pembaca yang singgah dan cari info pada iklan Adsense yang dipaparkan. Semoga rezeki anda bertambah-tambah macam saya jugak..

Simpan dan beri kepada yang memerlukan. Kongsikan. Anda akan bahagia ke akhirnya.. sebelum dan sesudah hayat nanti..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close