Berbuka Dengan Nasi Goreng Sotong Dan Donat Gebu. Alhamdulillah. Selamat berbuka semua. Buka apa hari ni? Kami berbuka simple je. Ada air cendol, roti John, nasi goreng sotong dan juga donat gebu. Antara semua menu tu, satu je yang originally dari dapur saya iaitu nasi goreng sotong. Yang lain kita order dari dapur orang lain.. hehe
Alhamdulillah. Hari ni anak bujang saya yang pulang dari overseas dah sampai rumah dengan selamat selepas kuarantin selama 14 hari di Golden Horses Palace. Selepas buat 2 kali ujian swab, dia disahkan negatif. Tak ada gejala terkena covid-19. Untuk balik pun ada surat pelepasan dari KKM. Surat tu penting untuk dia bawa dalam perjalanan pulang tersebut.
Nasi goreng sotong ni memang buatan tangan eden 100% ya. Bukan beli kedai @ nasi goreng frozen ya. Eh! Ada ke nasi goreng frozen? Kih kih.. kenapa warna nasi goreng saya lain macam? Iya.. saya letak kicap sedikit. Nasi goreng kicap dengan sotong, sebab anak bujang yang sulung suka sangat makan dengan kicap. Segala benda letak kicap..
Berbuka Dengan Nasi Goreng Sotong Dan Donat Gebu
Hmm.. donat gebu gebas ni sebenarnya saya yang goreng. Tapi.. beli frozen punya la.. hehe, dah lah saiz besar, lembut walau dah lebih 25 jam di goreng. Haha..
Selamat berbuka.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.