Berbuka Puasa Dengan Siakap 3 Rasa Dan Roti John. Selamat berbuka puasa kepada muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Bersyukurlah kita dapat menghabiskan ramadhan hari ni dengan penuh keinsafan. Berpuasa mengajar kita erti sabar dan menghormati orang lain mengikut kemampuan masing-masing. Jika ada rezeki lebih, bersedekahlah.
Selain itu, di bulan ramadhan kita digalakkan menghabiskan masa lapang dengan membaca al Quran, bercakap benda yang baik-baik dan bersedekah.
Siakap 3 rasa ni pun sedap, rasa manis, masam, masin ke apa.. semua cukup. Ikan siakapnya pun rangup. Saiznya sederhana besar, tapi cukup untuk makan 3 orang.
Semua menu ni kami order online. Bayar pun online. Mudah dan tak perlu risau nak standby duit kecik bila runner sampai.
Ada juga menu lain seperti roti john dan donat warna warni. Sedap je, lembut pulak tu donatnya. Semoga dimurahkan rezeki mereka yang berniaga dengan ikhlasnya.
Berbuka Puasa Dengan Siakap 3 Rasa Dan Roti John
Apa yang sedap dengan menu berbuka anda?
Kami berbuka puasa dengan siakap 3 rasa yang di beli di restoran. Kiranya menu segera je..
Siakap 3 rasa ni pun sedap, rasa manis, masam, masin ke apa.. semua cukup. Ikan siakapnya pun rangup. Saiznya sederhana besar, tapi cukup untuk makan 3 orang.
Semua menu ni kami order online. Bayar pun online. Mudah dan tak perlu risau nak standby duit kecik bila runner sampai.
Ada juga menu lain seperti roti john dan donat warna warni. Sedap je, lembut pulak tu donatnya. Semoga dimurahkan rezeki mereka yang berniaga dengan ikhlasnya.
Hmm.. ada juga order air sirap bandung dengan teh ais. Tapi tak sempat snap ya. Haha..
Kami cuma 3 beranak je, jika nak masak tapi kekurangan bahan kat peti ais, maka nak mudahkan kami order online. Sejak tak ada bazar ramadan sebab Covid-19, maka kami lebih senang menggunakan khidmat penghantaran makanan untuk beli juadah berbuka puasa.
Alhamdulillah.. selama ni semuanya berjalan lancar dengan izin Allah.
2 Comments
Alhamdulillah
ReplyDeleteselamat berbuka puasa
Salam ramadhan dri cikguzim
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.