Doa Keluarga Bertaqwa. Salam sayang semua. Semoga hari-hari yang kita lalui penuh dengan ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan dipenuhi dengan kasih dan rahmatNya. Agar hidup dalam rahmat Allah, itu pun dah cukup, insya Allah kita akan dipandu ke jalan yang benar. Berdoa meminta yang baik-baik, nanti Allah beri yang baik-baik juga. Antaranya mohon kita semua dan ahli keluarga dikurniakan keluarga yang bertaqwa.
Namun jika semua doa telah dipohonkan, kita masih belum lagi dikurniakan apa yang dihajati.. bersabarlah. Allah mempunyai perancangannya tersendiri terhadap kehidupan kita, yang kita tak boleh nampak. Apa yang perlu kita buat adalah sentiasa bersabar.
Doa Dikurniakan Keluarga Yang Bertaqwa
Doa Anak Bertaqwa, ahli keluarga bertaqwa. Insya Allah, kita berusaha ke arah itu, jalan yang baik mohon Allah mudahkan untuk kita.
Doa dalam rumi;
Allahumma hablanaa min azwajinaa
Wazurriyatinaa qurrata a'yuni
Waj'alna lilmuttaqii na imama
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami isteri-isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata kami dan jadikan kami pemimpin untuk orang-orang yang bertaqwa.
Semoga doa-doa yang kami kongsikan dalam blog kecil ini memberi manfaat kepada semua pembaca tersayang. Sila kongsikan pula pada kawan-kawan agar dapat sama-sama mengamalkannya.
Aamiin..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.