Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Menu Berbuka Dengan Ayam Golek Dan Apam Balik

Menu Berbuka Dengan Ayam Golek Dan Apam Balik. Salam ramadan kareem. Semoga kita mendapat puasa yang sempurna, puasa yang diiktiraf oleh Allah SWT. Puasa adalah antara Tuhan dan hambaNya. Sebab puasa tak nampak di mata orang lain adakah kita berpuasa atau sebaliknya. Tak ada orang tahu. Jadi, puasalah kerana Allah Taala dan bukan nak bagi tau orang lain yang anda berpuasa. Itu dah jadi lain.

Waktu paling dinantikan bagi orang berpuasa adalah ketika nak berbuka. Dan doa yang tidak ditolak juga adalah ketika nak berbuka puasa. Jangan lepaskan peluang ni ya kekawan..


Menu Berbuka Dengan Ayam Golek Dan Apam Balik


Berbuka apa hari ni?

Adakah masak sendiri atau beli yang dah siap je. Sekali lagi kami berbuka dengan beli makanan dah siap sebab pada hari bekerja, macam tak cukup masa untuk saya bertungkus lumus di dapur. Maka, terpaksalah beli je di dapur orang lain. Hehe..  


Menu Berbuka Dengan Ayam Golek


Ayam golek yang sedap, secukup rasa rempahnya tetapi sambal sos dia bagi sikit sangat. Macam kurang pulak la.. lain kali nak mintak sos lebih. Baru ngam.. kalau beli seekor, ayam golek ni harganya dekat RM30. Kalau beli online, standby kos delivery ya sayang ku semua..

Bila anda layan gambar-gambar di bawah, itulah makanan berbuka kami tadi. Ada nasi goreng chicken chop, apam balik inti kacang coklat dan apam balik original. Tak ketinggalan juga rojak asma. Alhamdulillah.. rezeki hari ini.


Okay la, selamat berbuka dan salam ramadhan semua. Semoga puasa kita diterima oleh Allah SWT.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close