Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Perbuatan Baik Yang Mudah Juga Dapat Pahala, Allah Kan Maha Kaya!

Carilah Pahala Yang Mudah dari perbuatan baik yang simple dan mudah. Islam agama yang memudahkan dan tidak menyusahkan penganutnya. Islam agama yang indah dalam kesederhanaan. Berpada-pada tetapi tetap diamalkan sepanjang hidup. Itulah datangnya pahala tanpa henti dan tanpa kita sedari.

Dalam kita tak sedar sebenarnya ada banyak perbuatan yang simple tetapi ganjarannya tetap sama di sisi Allah. Iaitu berbuat baik tetap dapat pahala dan berbuat jahat mendapat dosa. Takkan kita nak pilih jalan susah untuk mendapat dosa sedangkan dengan amalan dan niat yang kecil pun Allah dah tuliskan pahala buat kita. Subhanallah!!

Gambar Perbuatan Baik Yang Mudah Juga Dapat Pahala, Allah Kan Maha Kaya!

"Jika engkau ingin mendapatkan kebahagiaan dengan sebenar-benarnya kebahagiaan, maka libatkan ALLAH di setiap urusanmu!"

Perbuatan Baik Yang Mudah Juga Dapat Pahala, Allah Kan Maha Kaya!


Di samping ibadah yang berat lagi khusus, carilah pahala atau keredhaan Allah yang mudah.

Antara amalan mudah tetapi tetap mendapat pahala atas kebaikan tersebut, adalah seperti berikut;

✅ Bertemu orang Islam berilah salam sebagai mendoakannya

✅ Senyumlah selalu apabila bertemu, ia dianggap sedekah

✅ Apabila keluar rumah, niat hendak membuat berbagai-bagai kebaikan seperti ziarah atau khidmat

Tidak sampai maksud pun tidak mengapa, ia tetap diberi pahala

Hadis ada memberi keterangan, niat orang Mukmin itu lebih baik daripada amalannya.

✅ Apabila membawa kereta di simpang-simpang jalan, berilah laluan kepada orang lebih dahulu.

Ia diberi pahala kerana mengutamakan orang daripada diri sendiri

✅ Kesalahan kawan maafkan sahaja walaupun tidak diminta.

Amat besar pahalanya, bahkan menggembira kawan pula

✅ Duri-duri atau benda-benda yang menghalang di jalan dibuang segera.

Ia memberi mudah orang ramai lalu-lalang dengan tidak merbahaya

Ia diberi pahala sama dengan orang yang bersedekah

✅ Waktu tidur malam niatlah hendak bangun beribadah.

Pahala tetap diperolehi sekalipun tidak sempat bangun kerana terlajak tidur

Ia tetap diberi pahala kerana niatnya suci

✅ Berpakaian, niat bercantik-cantik kerana Tuhan itu cantik.

Di sini pahalanya tetap ada

Yang salah itu, berpakaian kerana bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk

Yang sebenarnya untuk mendapat pahala atau keredhaan yang mudah terlalu banyaknya

Tanpa memerlukan korban masa atau harta.

Tapi kita telah mensia-siakannya.

Semoga perkongsian yang ringkas di atas pun dapat menambahkan pahala kita atas amalan baik yang kita tunjukkan. Tak perlu risau atas pandangan orang lain asalkan apa yang kita buat itu bukanlah satu kemungkaran atau melanggar perintah Allah.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. insha Allah :D

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close