Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal. Ketika artikel ini ditulis, hari raya aidilfitri dah masuk hari ke 2. Bagaimana raya anda? Masih ceria gembira beraya ke? Jangan lupa patuhi SOP yang digariskan oleh kerajaan kerana negara masih belum bersih dari ancaman wabak covid-19 ya. 

Marilah kita saling menjaga antara kita, patuhi segala usaha yang kerajaan buat, bersabar sementara kerana di sebalik kesukaran pasti ada kemudahan yang menanti di penghujungnya. Itulah janji Allah. Okay 👌👌


Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal


Berbalik kepada bulan syawal sekarang ni, berapa hari kah puasa yang anda tinggal kerana sebab-sebab yang dibolehkan? So, sementara masih dalam tempoh PKPB ni, boleh juga kita sambung puasa enam hari di bulan syawal sambil bayar balik puasa yang kita tinggal tu. Bagus kan?

Gambar Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Sempurnakan ibadah ramadhan anda dengan puasa enam hari di bulan syawal. 

Hadis Riwayat Muslim, "Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup."

Kalau nak rasa ada geng puasa enam, berpakatlah dengan anak beranak suami isteri dan kawan-kawan sekerja, pasti mood puasa enam itu akan rasa lebih meriahnya dan semangatnya. 

Saling memberikan sokongan adalah satu kaedah yang berjaya saya lakukan selama ini dalam mengajak kawan-kawan sàma-sama berpuasa 6.

Puasa enam dalam bulan syawal boleh dilakukan di sepanjang bulan syawal, bukan mesti kena puasa enam hari berturut-turut.  Okay. Harap semua dah faham..

Salam syawal semua ❤🌹

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close