Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Sedap


Sewaktu boring tak tau nak masak apa ketika dua tiga hari raya hari tu, kami adik beradik ipar sepakat mengorbankan daging lembu yang banyak sebab beli konon nak makan setahun gamaknya...maka terhasillah resepi yang bukan di warisi temurun tetapi sempat dicedok dari otak en google... Iaitu resepi daging goreng kunyit.

Memang sedap ni weh, selalu jugak saya makan kat restoran berdekatan opis. 2 minggu sekali la makan, tak boleh selalu. Daging kan tak berapa bagus untuk kesihatan. Yang sebaiknya kita lebihkan ambil sayuran dan ikan.

Gambar berkaitan Resepi daging goreng kunyit

Ini dia resepi yang telah dishortkan oleh kami lima beradik yang bukan sedaging dengan Hang Tuah...haha,

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT


1. Daging yang dipotong nipis
2. Bawang putih 4 ulas dipotong nipis
3. 2 biji bawang besar dipotong bulat
4. Kunyit hidup ikut suka hati
5. 1 inci halia
6. Minyak masak
7. Kacang panjang seikat
8. Daun limau purut ikut citarasa
9. perisa yang dibenarkan...(kami pakai pak aji..)
10. 3 batang cili merah hidup sebagai hiasan
          Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan halia dikisar halus lalu digaulkan pada daging yang telah dipotong nipis. Perap setengah jam.
2. Goreng daging yang sudah diperap dengan minyak yang sederhana banyaknya. Goreng hingga garing.
3. Masukkan bawang putih, bawang besar, cili merah yang telah dihiris.
4. Masukkan kacang panjang yang telah di potong dan daun limau purut.
5. Setelah secukup rasa, angkat dan hidangkan. 

Perhatian!!
Jangan tiru resepi ini kalau korang tak yakin, hihi...gurau aje...

yang kureng pandai memasak,
aynora nur 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. SEdappppp weeeiiii kalau daging goreng kunyit ni.
    Makan dengan nasi panas. Mabeles...
    Takde lauk lain pun takpe!

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close