Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Gulai Ayam Yang Simple

Resepi Gulai Ayam Yang Simple. Yang simple tu lah yang kita cari sebab nak jimat masa memasak terutama sewaktu nak makan sahur. Gulai ayam antara hidangan kesukaan anak-anak sewaktu bersahur, mudah di sediakan dan sedap pula. Kadang-kadang, siap kuah banjir lagi dalam pinggan nasi. Sabar je lah kan..



Gulai ayam akan lebih sedap bila dipanaskan banyak kali. Kuah dan bahan masakan akan lebih meresap dalam ayam.

Resepi Gulai Ayam Yang Simple


Gulai ayam antara hidangan mudah yang disukai oleh semua orang. Biasanya orang utara atau pantai timur yang gemar sebut gulai dalam masakan berkuah ni.. 😅😅

Bahan-bahan:

10 ketul ayam - tak kira bahagian
5 sudu besar rempah kari ayam - bancuh dengan air
1 sudu besar cili kisar - campur dengan rempah
3 biji ubi kentang - di buang kulit dan di belah 4
1 kotak santan
Minyak secukupnya
Garam secukupnya
2 sudu besar kerisik
2 cawan air

Bahan Kisar
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2cm halia

Bahan Tumis
2 batang kulit kayu manis
3 ulas bunga lawang
5 bjiji buah pelaga
5 bunga cengkih

Gambar Resepi Gulai Ayam Yang Simple

Cara penyediaan gulai ayam simple


1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi. Kemudian tambah rempah dan kacau sekali sekala sehingga rempah masak atau berminyak.

2. Selepas itu, masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga mendidih dan sedikit pekat.

3. Setelah campuran rempah telah mendidih, masukkan garam secukupnya. Gaul rata.

4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan sehingga ayam dan kentang masak sepenuhnya.

5. Tambahkan santan, air dan kerisik. Biarkan ia mendidih dalam api sederhana.

6. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas dan lauk yang lain.

Selamat mencuba. Gulai ayam yang simple dan pastinya sedap. 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Assalammualaikum.. datang terjah blogwalking sini. Selamat Berpuasa, Selamat PKPB ya.

    Aduss gulai ayam lagi berapa banyak blog post gulai ayam hari nie iskiskisk terliur wwoooooooo

    http://iskandarx-society.blogspot.com/
    http://iskandarx.blogspot.com/
    https://melayupress.wordpress.com/
    https://twitter.com/iskandarX

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close