Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Yang Selalu Nabi Baca Setiap Pagi Dan Petang

Doa Yang Selalu Nabi Baca Setiap Pagi Dan Petang. Dalam perjalanan hidup ini, kita tak tahu pasti benda-benda yang belum berlaku. Kerana itu adalah perancangan Allah, itu rahsia. Kalau semua orang yakin tahu esok apa akan berlaku, nescaya tak ada orang yang akan susah hati, sedih, sakit atau sebagainya sebab dah boleh standby atau elak awal-awal tentang perkara-perkara buruk yang tidak disukai. Tetapi kerana kita ni manusia yang tak sempurna, tak ada kelebihan kuasa untuk meneka kejadian esok hari, maka untuk mengelakkan sesuatu yang buruk atau tidak baik, kita digalakkan untuk berDOA. Ingat ya, DOA bisa mengubah takdir. Maka, persiapkan diri kita dengan doa-doa yang baik agar kejadian esok hari dalam hidup kita datangnya yang baik-baik juga..


Ada banyak sangat amalan doa yang selalu ustaz ustazah ajarkan kepada kita. Dari sekecil-kecil doa hinggalah doa yang oanjang berjela, kita dah biasa di ajar. Paling asas setidaknya mak bapak kita ada ajar doa nak tidur dan doa makan, kan? Ada tak? Mesti semua orang tahu doa makan.. hehe..

Doa Yang Selalu Nabi Baca Setiap Pagi Dan Petang


So, kali ni saya kongsikan doa yang dibaca oleh Nabi SAW setiap pagi dan petang. Doa yang amat luas maksudnya dan boleh jadi juga pendinding kita dari melakukan kemungkaran.

Gambar Doa Mohon Kesihatan

Maksudnya:


YA Allah, selamatkan lah tubuhku dari dari penyakit dan yang tidak aku inginkan

Ya Allah selamatkanlah pendengaranku dari penyakit dan maksiat atau sesuatu yang tidak aku inginkan

Ya Allah selamatkanlah, penglihatanku dari maksiat atau sesuatu yang tidak aku inginkan

Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau Ya Allah

Doa untuk mohon kesihatan


Kebanyakan orang panggil doa ini adalah doa untuk mohon kesihatan sepanjang hari. Lebih luas dari itu, sebenarnya doa ini memohon kepada Allah agar kita terpelihara tubuh badan, mata dan telinga dari penyakit hati, maksiat dan kemungkaran. Mohon agar Allah pelihara kita dari terjebak dalam maksiat yang terlalu banyak di sekeliling kita.

Di baca doa ini setiap pagi dan petang. Selepas solat Subuh dan Asar, contohnya. Atau boleh je baca bila teringat.

Semoga kita semua terpelihara dari tipu daya syaitan yang direjam, yang tak pernah berhenti mahu menyesatkan kita ke jalan yang salah, yang selalu mengheret manusia ke kancah dosa. Na'uzubillah..

Marilah sama-sama amalkan doa yang dibaca oleh Nabi SAW ini pada setiap pagi dan petang.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close