Hidup Ini Satu Perjalanan Dan Bukan Matlamat. Bila telah mencapai matlamat, kita akan berhenti. Maka, kita dah tak ada semangat lagi untuk mengubah nasib dan kehidupan. Sedangkan, dalam kehidupan secara amnya akan berubah setiap masa, setiap waktu. Jadi, bagaimana mungkin kita menghentikan perjalanan hanya kerana matlamat telah dicapai. Ada orang kata matlamat kita akan berakhir hanya setelah kita mati, meninggalkan dunia. Sebab itu, selagi hidup selagi itu kita berjalan, fizikal dan mental.
Matlamat akhir semua orang adalah sama iaitu akhiran hidup yang baik. Tetapi perjalanan orang adalah berbeza-beza. Kerana itu, setiap proses kehidupan, ada jatuh dan bangunnya, ada degupan suka dan duka dan tak lupa juga baik dan buruk. Pilihan dalam perjalanan itu kita yang tentukan, nak berhenti di mana, pun kita yang buat keputusan. Jadi, perlahan-lahanlah berjalan hingga kamu puas melewati setiap detik pengalaman dengan meraih bekalan secukupnya.

Hidup Ini Satu Perjalanan Dan Bukan Matlamat
Bersesuaian dengan situasi masakini, dimana ramai rakan kita yang kehilangan kerja akibat covid-19 yang melanda seluruh dunia. Kalau kita kehilangan mana-mana kerja, kita kehilangan benda yang kita sayang.. jangan bersedih. Kita hanya sedang menjalani jalan cerita dan bukan berada di penghujung cerita.
Trust in ourselves, Be patient, and keep pushing ourselves to achieve the dreams. Our time will come. . - Kredit: Aswan Khamis
Bersabarlah. Bukan anda seorang yang terkesan akibat malapetaka yang sedang melanda dunia ketika ini. Semua orang berada dalam situasi yang sama cuma berada di tempat yang berbeza. Bagaimana kita mempergunakan keadaan tersebut, mencari peluang memperbaiki kelemahan, mendaki semula bersama pengalaman yang ada.. insya Allah, perjalanan kita akan menjadi lebih baik daripada kelmarin.
Kita pasti tak nampak hikmah di sebalik semua ini. Kegagalan, ditinggalkan, dibiarkan terumbang ambing melainkan kita ambil ia sebagai pengajaran dan panduan hidup.
Perjalanan itu tak semua mudah! Ada yang berliku, ada yang menempuhi gunung ganang, dan ada pula yang tersekat dalam kesesakan perasaan. Maka, berlapang dada adalah pilihan terbaik.
Katakan pada diri, ayuh sambung perjalanan ini! Di hujung sana nanti, kamu pasti tersenyum bahagia.
Allah kan dah janji, setelah kesukaran ada kemudahan di hujungnya.
Semoga kita semua tabah ya..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.