Peringatan Dari Al Quran Untuk Orang Yang Bertaqwa. Tulisan ini juga adalah peringatan untuk diri sendiri juga. Amatlah banyak peringatan di dalam al Quran yang Allah telah turunkan, betapa banyaknya juga ancaman dan gambaran pembalasan yang Allah telah berikan. Masih kah lagi kita tak mengambil endah semua itu? Betapa banyak nikmat dan kebaikan yang telah Allah hadiahkan, pun kita masih tidak menyedarinya? Sombongkah kita kerana masih tidak bersyukur? Egokah kita hingga tak memahami segala yang telah ditunjukkan? Marilah bersama-sama kita berubah arah, mencari arah dan menetapkan matlamat di hujung perjalanan. Hanya ketaqwaan kita kepada Allah lah yang akan menjadi penyelamat di dunia yang kekal itu.
Bagaimanakah ciri-ciri orang yang bertaqwa? Adakah nampak pada pandangan mata kasar kita? Antara ciri-ciri orang yang bertaqwa adalah orang yang solat, memahami tentang islam, menjauhi maksiat, mempersiapkan bekalan akhirat, rajin berpuasa, rajin bersedekah dan banyak lagi. Pada pandangan Allah, kita lebih bernilai berbanding tanggapan manusia. Jadi, niatkan segala kerja kerana Allah Taala.
Peringatan Dari Al Quran Untuk Orang Yang Bertaqwa
Peringatan dari Al-Qur'an, Surah Al-Dukhan (Kabut) 44 : 51 - 56
Sesungguhnya, orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman, (Iaitu) di dalam taman-taman dan mata air-mata air
Mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadap-hadapan.
Demikianlah keadaannya, kemudian Kami berikan kepada mereka pasangan bidadari yang bermata indah.
Di dalamnya mereka dapat meminta segala macam buah-buahan dengan aman dan tenteram
Mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya, selain kematian pertama (di dunia). Allah melindungi mereka daripada azab neraka.
Itulah maksud ayat al Quran dari surah al Dukhan dari ayat 51 - 56.
Bukankah Allah telah menyatakan itu, nikmat dan hadiah bagi orang yang bertaqwa. Orang yang bertaqwa tidak akan merasakan mati, ditemani oleh bidadari bermata indah. Bolehkah kamu gambarkan indahnya bidadari itu? Menemani mu di sepanjang kehidupan yang abadi. Masya Allah, Subhanallah..
1 Comments
Terima ksh di atas perkongsian..
ReplyDeleteJemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.
Giveaway by ejulz & mamapie
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.