Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Rebus Telur Lebih Licin Dan Cantik Isinya

Kalau anda suka makan telur rebus, anda mesti nak telur rebus yang cantik nasak sempurna dan sedap isinya. Saya ada Petua Rebus Telur Lebih Licin Dan Cantik Isinya. Dah lah cantik licin berkilat, nak kupas kulitnya pun senang. Tak melekat. Pada mulanya ada banyak versi orang ajar cara nak rebus telur, ada yang kata suruh rebus dalam waktu tertentu, ada yang ajar rebus telur dengan panaskan air terlebih dahulu dan sebagainya.

Petua Rebus Telur Lebih Licin Dan Cantik Isinya

Tapi cara yang saya guna dari majalah rasa adalah yang terbaik dan menjadi petuanya. Telur nampak cantik, licin dan mudah dikupas. So, jom ikuti caranya seperti di bawah.

Petua Rebus Telur Lebih Licin Dan Cantik Isinya

Gambar di atas ni telur yang saya cuba
Rebus Dengan petua yang diajarkan, cuma
Saya tak sabar tanpa rendam dalam air
Terlebih dahulu selepas di rebus.
Hehe.. tapi still
Okay kan.. 

Petua Rebus Telur Lebih Licin Dan Cantik Isinya


Nak tahu rahsia kulit telur mudah dikupas, cantik licin berkilat dan isinya pun sedap? Meh lah kita tengok step by step atau langkah demi langkahnya..

1. Basuh telur. Kalau telur dari peti ais, biarkan dalam 1/2 jam. Barulah rebus.
2. Air separas telur sahaja, tak perlu berlebihan
3. Masukkan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh minyak masak
4. Rebus dalam 15 minit @ sehingga air mendidih
5. Dengan segera keluarkan telur dan rendam dengan air
6. Rendam dengan air, dalam 1/2 jam
7. Bila telur dah sejuk, boleh lah dikupas kulit telur
8. Hasilnya, telur cantik berkilat, sedap dan cantik kuningnya .

Selamat mencuba.

Nak hasilkan isi telur yang cantik berkilat dan lemak sedap, begitulah caranya iaitu dengan masukkan garam dan minyak masak.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close