Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Goreng Rangup Sedap Dengan Daun Kari

Resepi Ayam Goreng Serbaguna Yang Sedap Dengan Daun Kari. Ayam masak kari letak daun kari memang dah biasa. Lauk kari jadi lebih sedap dan harum baunya. Tapi kalau goreng ayam bersama daun kari, lagi lah sedap. Ayam jadi rasa lebih lemak dan harum. Daun kari yang digoreng bersama ayam pun boleh dikunyah sama dengan, rasanya juga rangup. Kalau saya, terus jadi ulam je daun kari tu. Memang terbaik!! Tak pernah cuba? Jomlah cuba bersama saya dengan follow resepi di bawah.


Ada orang panggil ayam goreng berempah, ada juga kata ayam goreng halia dengan lengkuas. Suka hatilah nak yang mana. Yang penting sedapnya tu susah nak gambarkan terutama mereka yang suka makan ayam dan hanya ayam. Haha.. 

Resepi Ayam Goreng Sedap Dengan Daun Kari 


Gambar Resepi Ayam Goreng Rangup Sedap Dengan Daun Kari

Resepi Ayam Goreng Rangup Sedap Dengan Daun Kari

Biasanya saya akan letak daun kari yang banyak untuk rasa yang lebih kaw. Biar goreng bersama ayam hingga rangup daun tu. Kemudian kunyah bunyi krap krup lagi.. hehe

Gambar Resepi Ayam Goreng Rangup Sedap Dengan Daun Kari

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - potong 16 bahagian
5 ulas bawang putih - kisar
2 biji bawang besar - kisar
1 inci halia - kisar
5 batang serai - kisar 
1 inci lwngkuas - kisar
1 sudu besar ketumbar - kisar - (goreng tanpa minyak dulu)
1 sudu besar kari ayam/ daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara goreng ayam goreng dengan daun kari


1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar kering (letak sikit je air) atau tumbuk tadi dan daun kari, lalu diperap - lebih kurang 30 minit hingga 1 jam

2. Ayam yang telah siap digaul dengan semua bahan dan daun kari, kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

3. Angkat dan toskan. Taburkan lebihan daun kari, jika suka


Gambar Resepi Ayam Goreng Rangup Sedap Dengan Daun Kari

Dalam gambar, daun kari saya tak banyak. Stok daun kari dah habis. Gunalah apa yang ada.. hehe

Kalau tak nak bubuh rempah kari tadi pun tak apa. Macam saya untuk ayam goreng kali ni tak letak rempah kari pun.. tetap sedap!

Daun kari yang digoreng bersama ayam akan jadi rangup dan sedap dikunyah bersama ayam goreng tadi dan nasi putih panas-panas. Cukuplah lauk ni je bagi saya, bertambah jugaklah nasi dalam pinggan. Hehe.. 

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close