Siakap Sweet Sour Sedap Sangat. Bila kat rumah ahli keluarga semua ada dan lengkap, masak apa pun sedap dan yang penting habis dimakan. Yang syoknya ada chef baru di rumah, siapa lagi kalau bukan hero manis saya yang sorang tu. Sebut apa saja, resepi negara mana sekalipun, tetap dia masak. Yang penting En Google kan ada.. katanya. Nak makan western, kampung style, pasta, seafood Thai mari.. semua dia berani masak. Jadi tak jadi itu belakang kira.
Lagi satu kalau nak biar dia masak, jangan sentuh atau kata dapur bersepah ke apa.. nanti dia patah semangat. So, kalau nak minta dia masak, jangan komen itu semua. So, sebagai ibu I kena redha lah.. yang penting lepas masak kena kemas dapur macam apa I buat.. kemas bersih berkilat. Okay👌👌👌
Sebelum pergi kerja siang tadi, saya pesan suruh dia masak siakap sweet sour. Dia jawab ok je.., tak sangka bila balik tengahari untuk solat dan rest, dia dah siap masak. Hehe.. tq my dear son🌷🌷
Siakap Sweet Sour Sedap Sangat
So, sekarang saya nak share cara masak siakap sweet sour masakan oleh hero saya yang cute tu..
Bahan-bahan;
2 ekor ikan siakap - digoreng dengan kunyit, garam dan tepung jagung
1 biji bawang besar - hiris kasar
2 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 batang serai - hiris @ ketuk
1 keping asam keping
3 tangkai cili hidup - hiris
Sos cili secukupnya
Garam dan gula secukupnya
1. Goreng ikan siakap hingga garing, toskan dan ketepikan
2. Tumis bahan-bahan hiris hingga naik bau dan garing. Campurkan sos cili secukupnya, tergantung nak kuah banyak atau sikit. Kalau pekat, tambahkan air masak sedikit.
3. Masukkan asam keping. Kacau seketika.
4. Perisakan dengan garam dan gula.
5. Akhir sekali, masukkan ikan siakap yang telah digoreng tadi.
Selamat mencuba!!
1. Lumur ikan dengan kunyit dan garam.
2. Dah rata, lumur pula dengan tepung jagung.
3. Panaskan kuali dengan jumlah minyak yang banyak
4. Biarkan goreng ikan siakap dalam keadaan terendam.
5. Angkat bila warna dah kuning keperangan. Toskan minyaknya.
Nak ikan tahan lama, tuang kuah sos sweet sour tu bila nak makan. So, ikan tak lemau atau lembab.
Orite!! 😊👌👌

Cara Penyediaan Siakap Sweet Sour Sedap Sangat
1. Goreng ikan siakap hingga garing, toskan dan ketepikan
2. Tumis bahan-bahan hiris hingga naik bau dan garing. Campurkan sos cili secukupnya, tergantung nak kuah banyak atau sikit. Kalau pekat, tambahkan air masak sedikit.
3. Masukkan asam keping. Kacau seketika.
4. Perisakan dengan garam dan gula.
5. Akhir sekali, masukkan ikan siakap yang telah digoreng tadi.
Selamat mencuba!!
Sos siakap sweet sour |
Ikan siakap yang digoreng garing. Nak makan barulah siram sos dia.. |
Cara nak goreng ikan siakap hingga garing rangup
1. Lumur ikan dengan kunyit dan garam.
2. Dah rata, lumur pula dengan tepung jagung.
3. Panaskan kuali dengan jumlah minyak yang banyak
4. Biarkan goreng ikan siakap dalam keadaan terendam.
5. Angkat bila warna dah kuning keperangan. Toskan minyaknya.
Nak ikan tahan lama, tuang kuah sos sweet sour tu bila nak makan. So, ikan tak lemau atau lembab.
Orite!! 😊👌👌
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.