Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Udang Masak Butter Garlic Yang Sedap

Udang Masak Butter Garlic. Hasil pancingan ayahnya, anak bujang saya masak udang harimau butter garlic. Entah dia tengok resepi kat chanel mat saleh mana.. Masak gitu je campak-campak pun rasa sedap. Yang tak tahan tu cara dia bersihkan udang harimau amat teliti dan cantik hasilnya. Tugas ibu dia ni cuma keluarkan udang dari freezer dan sebut suruh masak apa. Saya kata buat 2 lauk la, takut adik dia tak makan yang butter garlic tu.. Hehe, sebab si kecil kalau lauk pelik sikit dia tak makan. Jadinya saya pesan goreng udang harimau tu dengan serbuk roti lebih sikit.

Hasilnya, lihatlah di bawah ini.. Anak bujang saya yang memasak. Walau dia tak pandai pada mulanya.. Tetapi dia berani. Itu yang buat saya beri kepercayaan pada dia.

Udang Masak Butter Garlic

Udang Masak Butter Garlic

So, kalau korang nak masak udang butter garlic mehlah cuba resepinya di bawah. Caranya simple je..

Udang Masak Butter Garlic 


Nak memasak udang harimau ni yang leceh nak buang kulit dia tu. Itu yang buat lambat. Kalau tak buang, susah pulak nak makan, terutama untuk anak-anak yang masih kecil.

Bahan-bahannya:

1 kg udang harimau
1 sudu makan butter
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
Garam dan perisa secukupnya

Cara penyediaan udang masak butter garlic


1. Bersihkan dan buang kulit udang sampai bersih

2. Tumis bawang putih (garlic) dan cili kering dengan butter.

3. Bila dah naik bau, masukkan pula udang harimau tadi

4. Perisakan dengan garam dan serbuk secukup rasa

5. Siap untuk dihidangkan.


Gambar bawah dan atas ada lauk tambahan permintaan si adik iaitu udang harimau goreng dengan bread crumbs.



Nota;

Oh ya, jika nak tambah bawang besar pada resepi udang butter garlic tu terpulanglah. Boleh juga. Tapi kalau resepi original dia memang tak tambah bawang besar, baru style mat saleh. Haha.. 😁😁😁

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. nikmat dapat mkn udang..shida alergik..dah bape tahun xmkn seafood.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close