Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

5 Makanan Terbaik Dimakan Waktu Pagi

5 Makanan Terbaik Dimakan Waktu Pagi. Waktu pagi dah terbiasa makan nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Memang lazat, manis dan berlemak. Kalau lepas tu badan start naik lemak, letih dan mengantuk, jangan merungut okay. Kerana pilihan pemakanan adalah di tangan sendiri. Bukannya tak boleh nak makan semua makanan yang saya sebut, tetapi kalau boleh pengambilannya di kurangkan dan pilihlah makanan yang lebih sederhana dan menyihatkan. Kita sama-sama mengubah gaya pemakanan demi kesihatan dalam jangka masa panjang.

Pengambilan makanan yang berserat seperti buah-buahan adalah di galakkan pada waktu pagi. Namun mengambil oat adalah salah satu menu sarapan yang amat digalakkan kerana kandungan khasiatnya yang banyak seperti kalsium, protein, zat besi dan banyak lagi.

5 Makanan Terbaik Dimakan Waktu Pagi


Jika anda masih terfikir dan tercari makanan nak breakfast, makanlah makanan dari senarai di bawah:

5 Makanan Terbaik Dimakan Waktu Pagi

1. Telur


Sebaiknya ambil telur yang direbus. Ia lebih menyihatkan dan sumber protein yang utama. Makan 2 biji telur rebus cukup bagi membekalkan tenaga sampai waktu makan tengahari.

2. Pisang


Pisang juga bagus untuk diambil menggantikan sarapan lain. Pisang adalah buah-buahan yang mengandungi kanji yang aktif untuk merangsang proses penurunan berat badan malah amat sesuai dijadikan menu utama untuk orang yang berdiet. Ambil 2 biji pisang dengan segelas air masak setiap pagi dapat memberikan tenaga sehingga tengahari.

RELATED .... Manfaat Buah Pisang Untuk Kesihatan


3. Peanut Butter


Peanut butter ataupun mentega kacang adalah sapuan serbaguna yang lazat. Kandungannya kaya dengan nutrien dan sesuai dimakan bersama roti ketika sarapan ataupun minum petang.

4. Yogurt


Mengambil yogurt sebagai menu sarapan sangat baik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Kandungan nutrisinya cukup mengenyangkan dan memberi tenaga pada tubuh di waktu pagi. Selain itu kesihatan pencernaan pun akan terjaga.

5. Oat


Ada banyak sebab mengapa oat amat sesuai diambil pada waktu pagi. Antaranya oat mengandungi khasiat yang banyak., memberikan rasa kenyang yang lama, oat mwngandungi serat baik untuk kurus dan sihat dan mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close