Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bagi Orang Yang Zalim, Rasakanlah Azab Allah

Bagi Orang Yang Zalim, Rasakanlah Azab Allah. Dan bagi orang yang menganiaya makhluk Allah, maka rasakanlah, tiada seorang pun penolongmu di akhirat nanti. Walau dalam dunia ni kamu terlepas, ketawa bebas atas kesengsaraan orang lain.. jawablah nanti kamu ketika diperhitungkan perbuatanmu di hari akhirat nanti.

Semoga sesiapa yang sentiasa dizalimi dalam pelbagai bentuk, bersabarlah. Teruskan kuat dan bersabar kerana Allah telah janjikan balasan bahagia kepadamu sedikit masa lagi. Sabar itu buahnya manis..

Orang yang sabar dicintai Allah. Hal ini berdasarkan ayat Alquran yang artinya:
“Dan Allah Mencintai orang-orang yang sabar.” (QS.Ali Imran:146)

Bagi Orang Yang Zalim, Rasakanlah Azab Allah

Tidak hanya mendapatkan cintanya Allah, ternyata orang yang bersabar juga mendapatkan hadiah berupa pahala tanpa batas. Sangat menyenangkan sekali, bukan?
“Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas.” (QS.az-Zumar:10)

Bagi Orang Yang Zalim, Rasakanlah Azab Allah


Peringatan dari Al-Qur'an

Surah Faatir (Pencipta) 35 : 37,

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu; "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan apa yang telah kami kerjakan dahulu." (Dikatakan kepada mereka): "Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, padahal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami) dan bagi orang yang zalim tidak ada seorang penolong pun."

Kepada penzalim di luar sana, orang yang kuat menganiaya orang lain tidak takutkah kamu dengan amaran-amaran Allah seperti di dalam al Quran? Tidakah kamu gerun dengan gambaran balasan azab yang Allah telah sediakan? Kepada siapa kamu nak berlari, berteriak memohon pertolongan? Rasakanlah azab Allah!

Kamu zalimi orang yang tidak berbuat salah pun kepada kamu. Di mana akalmu? Di mana belas ehsanmu? Sebaliknya kamu tertawa sepuas hati, berbangga dengan kezaliman sendiri. Tidak kah kamu terfikir mengapa Allah panjangkan usiamu?? Tidakkah kamu tergerak di hati mengapa Allah masih bagi peluang kamu hidup? Ya.. agar kamu bertaubat. Agar kita semua pun memohon keampunan atas segala kezaliman. Sedarlah wahai manusia.. azab Allah amatlah pedih bagi mereka yang bergelar penzalim.

Peringatan-peringatan dari al Quran telah dibentangkan. Gambaran balasan baik dan jahat juga telah dibongkar. Di mana perasaan belas ehsanmu pada makhluk Allah yang kamu zalimi dan aniayai? Tidak adakah terlintas sekelumit pun rasa takut pada peringatan-peringatan tersebut? Jawablah dengan Allah di akhirat nanti. 

Usah lupa, ada senjata utama bagi orang yang dizalimi. Saat diamnya manusia yang kau zalimi, takutlah kamu kerana dia ada senjata yang tidak pernah lupa pada tuannya. Iaitu DOA. Saat dia mengangkat tangan berdoa kepada Allah, Allah janji bahawa Doa itu tiada hijab. Doa makhluknya yang teraniaya akan dimakbulkan. Itu sepatutnya para penzalim dan penganiaya kena takuti!

Kepada kita semua yang bergelar pendosa, ketahuilah bahawasanya masa belum terlambat. Bertaubatlah. Mohon ampunan kepada Allah. Walau dosa-dosa kita sebesar buih di lautan, Allah tetap membuka pintu ampunannya.

Subhanallah.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close