Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berpadalah Bila Mencintai Dan Membenci

Berpadalah Bila Mencintai Dan Membenci. Mencintai dan membenci dua perasaan yang amat bertentangan. Yang satu bersifat positif dan satu lagi amat negatif. Mencintai.. apapun bendanya bernyawa atau tidak akan menghasilkan kegembiraan, ketenangan, kejayaan dan banyak lagi aura kebaikan pada seseorang itu. Manakala, membenci kepada apa dan siapa pun akan menghasilkan dendam, marah, hilang kekuatan untuk maju ke depan. Membenci banyak mendatangkan keburukan kepada diri sendiri dan juga persekitaran kita. Yang mana satu pilihan anda? Mencintai atau membenci?

Walau kita dalam keadaan mana sekalipun, mencintai atau membenci, lakukan kedua-duanya dalam keadaan bersederhana, menggunakan akal fikiran yang waras dan berpandangan jauh.

Kalau ikutkan pengalaman saya, terhadap orang sekeliling.. ketika benci kita akan cakap perkataan-perkataan yang teruk, kotor dan menyumpah seranah tak kira masa. Orang sedang membenci sesuatu akan marah-marah, darah tinggi naik dan akhirnya diri sendiri yang sakit. Walau kita cuba menasihati, kita pula yang kena marah! Hehe.. uols kalau sedang benci sesuatu, dengarlah sikit bila orang nasihat. Jangan marah membuta tuli. Okay..

Berpadalah Bila Mencintai Dan Membenci 


Berpada Ketika Mencintai dan Membenci Orang Lain. Dalam konteks tulisan saya ini, mencintai dan membenci adalah berkaitan dengan makhluk Allah bernama manusia. Yang ada akal fikiran dan perasaan. So, berpadalah bila membenci atau mencintai orang lain.

Gambar Berpadalah Bila Mencintai Dan Membenci

عَÙ†ْ Ø£َبِÙŠ Ù‡ُرَÙŠْرَØ©َ Ù‚َالَ Ù‚َالَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ Ø£َØ­ْبِبْ Ø­َبِيبَÙƒَ Ù‡َÙˆْÙ†ًا Ù…َا عَسَÙ‰ Ø£َÙ†ْ ÙŠَÙƒُونَ بَغِيضَÙƒَ ÙŠَÙˆْÙ…ًا Ù…َا ÙˆَØ£َبْغِضْ بَغِيضَÙƒَ Ù‡َÙˆْÙ†ًا Ù…َا عَسَÙ‰ Ø£َÙ†ْ ÙŠَÙƒُونَ Ø­َبِيبَÙƒَ ÙŠَÙˆْÙ…ًا Ù…َا

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Boleh jadi orang yang sekarang kamu cintai suatu hari nanti menjadi orang yang kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang kamu cintai.” (Sunan Tirmidzi No: 1997) Status: Hadis Sahih  

Pengajaran Hadis:


1. Sifat cinta dan kasih adalah fitrah manusia namun biarlah berpada. Contohnya mencintai pasangan juga ahli keluarga yang berlebihan sehingga jika berlaku kematian, atau orang yang disayangi meninggalkannya, impak kesedihan amat mendalam yang boleh membawa kecelakaan padanya.

2. Maka cintailah saudaramu sewajarnya dengan memberikan hak-haknya tanpa berlebihan dan tanpa meremehkan haknya.

3. Hasan Bashri RA berkata, “Hendaknya kalian mencintai jangan berlebihan dan membenci tidak berlebihan. Telah ada orang-orang yang berlebihan dalam mencintai satu kaum akhirnya binasa. Ada pula yang berlebihan dalam membenci satu kaum dan mereka pun binasa.”

4. Jika seseorang berlebihan dalam membenci lawannya, mungkin suatu masa nanti hubungan mereka menjadi baik maka mereka akan malu untuk menjadi sahabat dan kawan kerana merasa malu disebabkan berlebihan dalam membencinya sebelum ini. Kebencian berlebihan juga boleh membinasakan.

5. Awasilah sifat benci yang boleh mendorong kita berlaku zalim kepada orang lain juga menjadi penyebab kita tidak berlaku adil terhadap mereka.

Berpadalah dalam mengasihi dan membenci seseorang dengan menjaga dan memberi hak mereka sepatutnya.

Semoga coretan saya ini memberikan manfaat kepada semua pembaca blog ini. Yang baik ambil jadikan panduan dan yang tidak baik jadikan pula ia pengajaran. Langit tidak selalu cerah, kadang di tengahari turun pula hujan mencurah. Hadapilah kehidupan dengan kuat dan tabah. Kerana ujian datang untuk mematangkan. Berkali-kali Allah uji agar kita dapat melepasi ujian yang diberi. Di benci, di kasihi.. itu adat dunia. Usah melampaui batas yang Allah dan ajarkan. Bersederhana dalam segala hal. 

Semoga hidup kita semua aman tenang dan tenteram.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close