Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bubur Cha Cha Campur Pisang

Bubur Cha Cha Campur Pisang. Hmm.. alamat kena selalu masak bubur cha cha jawabnya, kedua-dua hero saya suka pulak makan bubur ni. Bubur cha cha yang warna warni tu. Saya tak kisah, buat banyak kali pun tak apa, yang penting habis dimakan. Kalau buat tapi tak dimakan, sakit hati dibuatnya.

Lagipun, proses nak buat bubur cha cha ni mudah, murah dan senang nak dapat bahan-bahan dia.. 

RELATED ... Resepi Bubur Cha Cha Sedap

Kalau buat satu periuk sederhana besar, cukup satu bungkus tepung cha cha tu je. Harganya sebungkus tak sampai RM5.00 pun. Nak sedap bubuh daun pandan.


Bubur Cha Cha Campur Pisang


Oleh kerana tak ada keledek oren, saya gantikan dengan pisang. Bubur cha cha versi pisang ni saya punya. Budak-budak punya yang kosong je, pisang atau keledek pun tak nak. Kenalah bagi dua bekas.. hehe

Gambar bubur cha cha warna warni

Bubur cha cha warna warni. Campur dengan segenggam sagu biji. Tak kisah warna apa, bila dah masak pun keluarnya satu warna je iaitu jernih.. pisang tu masuk last sekali bila bubur dah mendidih. Guna api kecil sahaja ya..


Pisang apa nak letak? Bebas ya anak-anak, yang penting pisang dah masak. Kalau mentah dia jadi sayur pulak.. hehe, oh ya, jangan pula pisang yang dah masak lembik tu, tak cantik kejadiannya.

Lagi satu, kalau nak letak pisang, keledek, labu, dan lain-lain buah yang anda suka secara serentak pun boleh. Terpulang pada kreativiti masing-masing.

Sebelum ni pun saya ada post tentang bubur cha cha ni. Anda boleh klik pada "RELATED" link di atas tu ya..

Nak buat silakanlah.. amat mudah sekali. Jangan lupa letak daun pandan.. naik harum bau bubur cha cha nanti.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close