Dinner Tomyam Seafood Sedap Secukup Rasa. Sejak MCO berakhir dan digantikan dengan RMCO, dah ada banyak kedai atau restoran yang buka dan makan sekali. Sebelum ini restoran hanya membenarkan takeaway dan delivery saja. Sejak dari itu, sudah 4 kali kami makan malam di luar. Namun, langkah berjaga-jaga dan SOP tetap diteruskan oleh semua kedai yang terlibat. Syukurlah, negara kita antara yang cepat pulih dari wabak Covid-19 ni. Alhamdulillah. Kami sekeluarga pun masih memakai mask ketika keluar rumah tak kira siang atau malam. Dalam kereta ada banyak mask yang tersedia. Mudah jika diperlukan nanti. Betul tak? Korang macam tu jugak ke? Sama-samalah kita jaga satu sama lain ya..
Urusan di restoran pun agak cepat, baru order air dah sampai. Tapi, bila bab makanan tu ada lambat sikit. Sebab ramai orang kut.. namun makanannya semua sedap. Lambat sikit tapi berbaloi. Alhamdulillah.. kenyang sudah malam tadi.
Minggu depan budak-budak dah naik sekolah. Macam mana agaknya keadaan dalam kelas nanti, iyalah dah lebih 3 bulan tak belajar. Biasa hujung tahun cuti sekolah sebulan lebih je, ni dah dekat 4 bulan tak berada dalam kelas.. jangan tido sudah.. hehe..
Jadi, malam tadi kami makan kat luar untuk bagi semangat anak kecil tu naik sekolah. Balik semula asrama. Makan di seafood restaurant.
Antara yang kami order adalah tomyam seafood. Syukur.. tomyam dia isinya banyak. Udang je dah dekat 10 ekor. Dengan kupang, sotong, dan hirisan ayam. Hmm.. rezeki murah tauke restoran ni hendaknya..
Rasa tomyamnya sedap, segar, masam ada manis pun ada. Pes tonyam dia memang macam original dari Thai.. sesekali terkunyah serai pun sedap.. haha
Side order yang lain ialah siakap 3 rasa, pun sedap jugak. Sotong goreng tepung, telur bungkus dan telur dadar.
Siakap 3 rasa siap dengan hirisan nenas manis, daun ketumbar sebagai hiasan. Memang sedap. Kuah sos 3 rasa dua pun memang awesome. Ikannya digoreng garing, saiz pun sesuai untuk kami 4 orang sekeluarga.
Semoga mendapat informasi dengan coretan santai kami sekeluarga.

Dinner Tomyam Seafood Sedap Secukup Rasa

1 Comments
Sedapnya menu dinner. Tomyam pekat likat nampak kuah pun dah sedap
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.