Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Gaya Roti Canai Sarang Burung Yang Viral

Gaya roti canai terbaru! Roti Canai Sarang Burung Yang Viral. Baru-baru ni je viral roti canai sarang burung. Ya Allah, tengok je dah rasa teruja, belum lagi dapat makan. Mesti nikmat rasanya. Dekat tempat saya ni, belum ada lagi. Hari tu dah mintak, siap tunjuk gambar.. penebar roti canai kata nanti lain kali dia cuba. Haha.. kalau nak mudah, beli roti canai bulat, sampai kat rumah koyakkan isi dalam, panaskan atas kuali, tengah dia pecahkan telur. Mudah je rupanya! Haha..

Gambar Roti Canai Sarang Burung Yang Viral


Gambar Roti Canai Sarang Burung Yang Viral

Nak tengok video dia pun ada.. rasanya yang ini kat Shah Alam. Katanya roti sarang burung sold out sebelum 11.00 pagi. Memang awesome la!

Video Roti Canai Sarang Burung Yang Viral


Video ada di bawah..



Lain-lain gambar boleh layan di selanjutnya.. nampak tu, garing je roti canai kat tepi tu..

Gambar Roti Canai Sarang Burung Yang Viral

Roti sarang burung beginilah gayanya. Roti canai yang biasa di kosongkan di tengahnya. Kemudian pecahkan 2 biji telur ditengah roti canai. Biarkan telur separuh masak, dan hidangkan. Hehe.. amacam? Terliur tak?


Nanti saya nak pergi beli roti canai segera, kemudian koyak tengah dia. Masukkan telur. Nak 3, 4 biji suka hati hang.. hehe

Mudah kan buat roti canai gaya baru tahun 2020 iaitu roti canai sarang burung. Agak-agak berapa ringgit harganya ya? Mungkin RM3.00 kut. Nak cuba pergilah kat mana-mana kedai roti canai..

Selamat mencuba.. 😁😅😅

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close