Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kerabu Maggi Mudah, Sedap Dan Sihat

Resepi Kerabu Maggi Sedap Dan Mudah serta sihat. Resepi yang menyihatkan sebab semua bahan pakai rebus dan segar-segar. Sudah beberapa hari teringin nak makan kerabu maggi selepas tertengok gambar rakan FB buat dan upload cerita tentang kesedapan kerabu maggi tu. Rupanya nak buat mudah je, semua bahan pakai rebus/ celur je tak payah susah payah nak tumis bahan bagai.. hehe

Ni yang buat kami bersemangat nak buat. Tak boleh tidak. Pagi tadi pergi Maslee cari bahan nak buat kerabu maggi. Ada sesetengah bahan tak ada tapi kami ganti yang lain, yang pasti kerabu maggi tetap in the house nanti.. haha

Ada banyak cara nak buat kerabu maggi ya, ada yang guna maggi siam agar rasanya tak lari dari rasa kerabu yang original. Tetapi kami cari je maggi perisa tomyam, boleh jugak. Ada juga rasa dan bau perencah tomyam nanti. Ikuti sampai habis resepi kerabu maggi ni ya.

Gambar kerabu maggi yang sedap
Gambar kerabu maggi sedap

Resepi Kerabu Maggi Sedap Dan Mudah


Dah beli dah semua bahan nak buat kerabu maggi. Semua sotong dan udang dah dibersihkan. Bahan hiris semua dah siap. Sementara tu, jom layan gambar-gambar kerabu maggi saya. Sedap dan segar!!

Gambar kerabu maggi

Gambar kerabu maggi


Bahan-bahan:

4 biji cili padi - hiris
4 helai daun kobis - hiris
1 biji lobak merah - hiris
2 pokok daun ketumbar - hiris
1 biji bawang holland - hiris
1 biji tomato - hiris

Bahan-bahan hiris

Bahan rebus/ celur

Bahan tambahan:

Air secukupnya - untuk mencelur/ merebus
4 ekor sotong - potong bulat
4 ekor udang besar
4 batang jejari ketam
2 paket maggi perasa tomyam
1 biji limau nipis - perah jusnya
2 sudu besar kicap sotong
Gula secukupnya

Cara memasak kerabu maggi yang sedap


1. Didihkan air secukupnya ke dalam periuk

2. Masukkan sotong, udang dan jejari ketam secara bergilir. Celur sebentar dan toskan

3. Kemudian masukkan maggi ke dalam air rebusan tadi. Celur hingga lembut. Angkat dan toskan ke dalam mangkuk besar

4. Gaul maggi bersama sotong, dan udang, semua bahan hirisan dan perencah maggi. Perasakan dengan jus limau, kicap sotong, dan gula secukupnya. Gaul sebati.

Siap dah kerabu maggi yang mudah tetapi sedap! Sekali buat terus jadi. Memang sedap sangat. Lengkap semua bahan, rasa macam kerabu sotong pun ada.. Haha, cuma tak ada lah masuk hirisan serai dan sebagainya.

Selamat memasak dan mencuba resepi kerabu maggi yang sedap ni ya.. ✌✌😘

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Sedap ni. Cuma kalau terlalu pedas, memang kami tak suka. Dulu beli mee segera siam yang thailand tu sebab nak buat sendiri kat rumah. Siap bawak naik bas lagi. hehehe

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close