Lunch Nasi Beriani Kambing Dan Nasi Ayam Penyet Bersama Family. Happy lunch uolss.. makan apa hari ini? Masak nasi dagang ke? Nak makan bacalah "Bismillah dulu ya..", itulah pesanan saya pada diri sendiri dan anak-anak. Kalau dah telan makanan baru teringat belum baca bismillah, maka baca juga ketika teringat tu. Bacaannya, "Bismillahi aawaalihi wa'akhirihi.. ", maksudnya dengan nama Allah dari awal hingga akhir." Senang je kan..
Lunch hari ni kita orang makan kat luar je. Anak yang kecil habis darjah khas sekolah agama pukul 1.00 petang. Saya habis kerja half day pun habis pukul 1.00. Maka, tak sempat memasak lah. Paling mudah, cari restoran atau gerai, kita makan di luar saja..
Hujan turun semakin lebat. Perut makin laju berkeroncong. Makan memang ubat yang mujarab saat ini. Naaib baik ada satu restoran yang luas dan besar dan boleh memuatkan kami untuk lunch kali ini. Tadi dah round taman perumahan sebelah, semua restoran penuh. Marry Brown pun penuh. Alhamdulillah.. rezeki perut kami lunch kat restoran 2 Sahabat.
Jom layan gambar apa kami lunch hari ni..
Nasi beriani kambing. Simpel je, masuk dalam kertas minyak beralaskan piring buluh, memang cantik. Tak payah basuh pinggan. Habis makan, buang je kertas minyak tu..
Nasi beriani tu sedap, kata anak yang sulung. Dia makan habis, okay la tu..
Saya punya nasi ayam penyek. Bagi saya set nasi ayam ni okay juga, tetapi saya pernah makan set nasi ayam dengan sambal nya yang lebih sedap. Tapi, nasi ayam penyet yang saya order ni okay je, habis juga saya makan. Haha..
Untuk suami dan anak kecil bongsu saya yang dah remaja tu, dia orang makan nasi goreng ayam. Tak sempat nak tangkap gambar, dah melantak dulu. Lapar sangat katanya. Hehe..
Walau apa pun, ini semua rezeki waktu hujan. Rezeki orang yang berniaga dan rezeki kita orang yang lapar, dapat makan tak perlu susah payah nak masak. Betul tak?
Bye! Happy lunch!

Lunch Nasi Beriani Kambing Dan Nasi Ayam Penyet Bersama Family
Hujan turun semakin lebat. Perut makin laju berkeroncong. Makan memang ubat yang mujarab saat ini. Naaib baik ada satu restoran yang luas dan besar dan boleh memuatkan kami untuk lunch kali ini. Tadi dah round taman perumahan sebelah, semua restoran penuh. Marry Brown pun penuh. Alhamdulillah.. rezeki perut kami lunch kat restoran 2 Sahabat.
RELATED: ....... Aneka Resepi Sambal Yang Paling Sedap
Jom layan gambar apa kami lunch hari ni..
Nasi beriani kambing. Simpel je, masuk dalam kertas minyak beralaskan piring buluh, memang cantik. Tak payah basuh pinggan. Habis makan, buang je kertas minyak tu..
Nasi beriani tu sedap, kata anak yang sulung. Dia makan habis, okay la tu..
Saya punya nasi ayam penyek. Bagi saya set nasi ayam ni okay juga, tetapi saya pernah makan set nasi ayam dengan sambal nya yang lebih sedap. Tapi, nasi ayam penyet yang saya order ni okay je, habis juga saya makan. Haha..
Untuk suami dan anak kecil bongsu saya yang dah remaja tu, dia orang makan nasi goreng ayam. Tak sempat nak tangkap gambar, dah melantak dulu. Lapar sangat katanya. Hehe..
Walau apa pun, ini semua rezeki waktu hujan. Rezeki orang yang berniaga dan rezeki kita orang yang lapar, dapat makan tak perlu susah payah nak masak. Betul tak?
Bye! Happy lunch!
1 Comments
sedap dua2 menu nih :)
ReplyDeletenasi ayam penyek blm penah cuba lg..
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.