Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Makanan Yang Boleh Dibekukan, Kena Ambil Tahu

Makanan yang boleh dibekukan. Kena ambil tahu ya, kena aware. Jika tidak kita tak tahu jika makanan tersebut telah tersimpan lama dan menimbulkan mudarat pula jika memakannya. Tidak semua makanan boleh disimpan dalam freezer, ada pula yang sesuai di letak di luar saja.


Ada juga daun-daun herba yang saya simpan dalam sejuk beku untuk tahan lama dan tidak hilang harum baunya seperti daun kari, daun limau purut, daun kesum, daun pandan dan banyak lagi.

Bila nak guna, keluarkan daun tersebut seketika dan barulah dimasukkan ke dalam masakan. Bau harum pun masih kekal lagi.

Makanan Yang Boleh Dibekukan, Kena Ambil Tahu


Jom kita semak dan lihat boleh ke makanan yang berikut ini dibekukan?

1. Majerin/ butter - tahan 2 hingga 3 bulan jika dibekukan.

Gambar Makanan Yang Boleh Dibekukan, Kena Ambil Tahu

2. Pisang - tahan 2 hingga 3 bulan jika dibekukan

3. Telur - tahan 1 tahun

4. Keju - bila belum dibuka, tahan 6 bulan. Tapi jika telah digunakan, tahan 3 bulan

5. Sisa piza - baki yang tak habis tahan 1 bulan jika dibekukan

6. Roti - yang belum dibakar tahan 1 bulan. Yang telah di bakar dan tiada bahan pengawet, tahan 2 hingga 5 bulan

7. Susu - tahan 3 bulan

8. Saki baki makanan - 2 hingga 4 bulan untuk daging. 4 hingga 6 bulan untuk ayam dan ikan

9. Sup dan stew - tahan hingga 2 - 3 bulan

Nota:

Namun kena ingat ya, makanan hendaklah disimpan dalam bekas dan dibalut dengan ketat sebelum disejukbekukan atau freeze.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. thanks for sharing. bagus untuk panduan.kdg2 kita main sumbat je semua dalam peti beku kan.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close