Nasi Ayam Special Dari Orang Bujang. Haii.. Bersiaran lagi dari blog picisan aynorablogs.com. Blog personal yang berkisarkan segala resam hidup dalam dunia dan juga kehidupan selepas mati. Insya Allah, kita perkuatkan mana yang lemah dan tambahkan mana yang kurang, berkongsi kebaikan sesama kita. Berbalik pada tajuk posting hari ini, saya nak bawakan pengalaman pertama kali anak bujang saya si hero encem tu memasak nasi ayam, ayam goreng serai, sos dan sup nasi ayam. Lengkap segalanya. Entah dari mana dia belajar, sungguhlah harum semerbak satu rumah.
Ketika balik rehat tengahari, buka pintu nak masuk rumah je bau harum ayam goreng satu rumah. Perut terus lapar kau.. Terus pergi dapur, tengok si dia sedang masak sos untuk nasi ayam. Nasi pula elok baru siap masak. Atas meja, selonggok ayam goreng serai. Dengan serbuk dia tu.. Memang awesome. Sebiji macam kat restoran..
Nasi Ayam Special Dari Orang Bujang
Alkisah, hero kesayangan saya ni mula masuk ke dapur dalam pukul 10.30 pagi. Sebelum pergi kerja, saya keluarkan ayam. Saya kata, "ibu dah keluarkan ayam ya." Tanya dia, "nak masak apa buuu...". Saya kata, "goreng ayam berempah je." Macam biasa dia jawab, "okayyy buuuuu.." Hahaha.. Memang manja dia walau dah berusia 20 tahun.
RELATED✅✅ Ayam Goreng Daun Kari Paling Sedap
Untuk info, anak saya ni sado orangnya. Main gym dan bekas pemain ragby masa kat MRSM dulu. Memang fit badan dia tetapi tak kisah bila disuruh masak dan sidai kain. Sebab saya nak ajar dia berdikari dan belajar hidup begitu sampai bila-bila. Walau dah berkahwin nanti, dia tetap kena masuk dapur atau basuh kain baju.
Berbalik kisah si bujang saya memasak nasi ayam hari ini, marilah sama-sama kita layan gambar je. Video tak ambil sebab dia tak mahu divideokan.. Hehe
Nasi ayam dimasak dengan tulang ayam, bawang goreng dan halia. Memang harum nasi tu..
Nampak macam hangit gelap kan ayam tu? Itulah serbuk rempah serai, halia, daun kari dan bawang putih yang digaul pada ayam. Serbuk ni yang sedap. Makan dengan nasi ayam panas-panas.. memang wow!!
Di sebelah ayam goreng serai ni adalah sup tulang-tulang ayam yang my hero buat. Nampak tak menaril tetapi rasa sup dia sedap sangat.

Sos untuk makan bersama ayam dan nasi pun ada. Memang lengkap lah nasi ayam special hasil tangan orang bujang ni. Masak macam pro, dah macam chef terkenal pulak..
Tapi macam biasa.. dapur bersepah!! Hehe.. huhu.. tak boleh kata apa. Memang itu kelemahannya. Tak apa.. saya ajar pelan-pelan, lama-lama nanti dah pekak telinga kena bebel, pandai lah dia mengemas.
Okay.. selamat menjamu selera..

2 Comments
pandainya si abg msk :) bertuah si emak..blk2 terus terhidang :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..😍😍
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.