Resepi Sambal Goreng Jawa Cara Simple, Tetap Sedap! Cara simple macam mana tu? Sambal goreng jawa yang derhaka, sebab tak cukup bahan. Hehe.. boleh gitu? Boleh je.. yang nak makan kita, kenalah kreatif walau tak cukup bahan-bahannya. Yang penting rasa dan rupa ada macam sambal goreng jawa. Senang kan?
Simple je kan? Tak payah pun letak tauhu basah, kacang panjang dan sebagainya. Sebab namanya pun sambal goreng jawa simple, maka banyak bahan yang tak dimasukkan. Apa yang ada je kat rumah, yang mesti ada tentulah soohon dan tauhu kering. Barulah namanya sambal goreng. Jangan lupa tempe juga!!
Antara bahan yang selalu digunakan dalam resepi sambal goreng jawa adalah tempe, tauhu, kentang, kacang panjang, suhun, cili kering, cili hidup, isi ayam, dan boleh tambah lagi jika suka. Kalau yang simple cukup tempe, kentang, suhun, tauhu kering dan lain-lain. Ikut kesesuaian bahan yang ada kat rumah.
Resepi Sambal Goreng Jawa Cara Simple, Tetap Sedap!
Inilah hasil memasak sambal goreng jawa yang simple bak hang! Layan gambar sat naaa..
Bahan Hiris/ Potong:
5 keping tempe - dihiris kecil dan nipis
5 biji kentang sederhana besar - hiris tebal dan kecil
2 biji bawang besar - hiris
3 keping tauhu kering - digunting bentuk bebas dan direndam
soo hoon sebungkus kecil - digunting dan direndam
Bahan Kisar:
10 biji bawang merah kecil
15 tangkai cili kering/ padi
5 biji bawang putih
1/2 inci lengkuas, kalau tak ada tak apa
1/2 inci serai
Bahan Tambahan (Pilihan):
1/4 cawan asam jawa
1 1/2 cawan santan pekat
kicap lemak manis
gula dan garam secukupnya
1. Kentang yang sudah di potong tadi di goreng kemudian toskan airnya. Selepas tu goreng tempe dan ikan bilis, jika suka nak letak ikan bilis.
2. Siapkan kuali dan panaskan minyak goreng semua bahan kisar. Kemudian kacau sehingga harum dan naik bau. Masukkan juga bawang besar yang sudah dihiris.
3. Masukkan semua bahan yang sudah di potong dan di goreng tadi. Buat sedikit demi sedikit. Bila semua bahan dah masuk kacau rata sekali lagi. masukan juga soo hoon yang direndam tadi dan tauhu kering.
4. Masukan asam jawa, kicap lemak manis, dan santan pekat. Kemudian masukan juga gula, garam, dan perasakan. Kacau terus sehingga kering.
5. Bila sudah kering sambal goreng jawa siap dihidangkan.

Cara penyediaan sambal goreng jawa yang simple

1 Comments
Kami buat jugak sekali sekala lauk ni. sejak kawen dengan anak jawa, memang tahu la menu ni. kat kenduri pun ada jumpa menu ni. sedap. kami suka kutip tauhu kering.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.