Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Risiko Jika Vitamin D Tak Mencukupi Dalam Tubuh

Risiko Jika Vitamin D Tak Mencukupi Dalam Tubuh. Tubuh manusia memerlukan zat yang mencukupi bagi menyeimbangkan dengan aktiviti harian yang pelbagai dan juga kestabilan emosi setiap hari. Bila zat dalam tubuh tak cukup, badan akan mudah menghadapi masalah kesihatan. Kebelakangan ini ada saja masalah kesihatan dan penyakit baru yang muncul. Ada sesetengah penyakit belum ada penawarnya, seperti Covid-19 yang kini sedang "menyerang" dunia. Sebelum kita terkena, ikhtiarlah sebaik mungkin menjaga kesihatan diri masing-masing. Salah satu masalah kesihatan masakini adalah tubuh lemah lesu dan mudah diserang sakit. Kena hujan sikit dah demam. Buat kerja lebih sikit letih, otot lemah dan sebagainya. Puncanya banyak sangat duduk dalam aircond dan tak kena cahaya matahari. Jangan jadi "PUTERI LILIN", yang lembik bila kena panas. Hehe.. berjemurlah sesekali, lebih kerap lagi bagus. Dapat hirup udara segar.

Risiko Jika Vitamin D Tak Mencukupi Dalam Tubuh

Risiko Jika Vitamin D Tak Mencukupi Dalam Tubuh


Vitamin D juga penting dalam tubuh. Anda boleh mendapatkan vitamin D daripada sumber cahaya matahari. Selain itu boleh dapatkan vitamin D dari minyak ikan kod, sardin dan tuna, telur ayam, susu, cendawan, tempe, udang dan tiram.

Vitamin D dikenal memiliki fungsi penting bagi tubuh yaitu menjaga kesihatan tulang dan gigi. Salah satu sumber vitamin D asli boleh diperolehi dari sinar matahari. 

Kekurangan vitamin D juga boleh menyebabkan deformitas tulang seperti rakhitis pada anak-anak, nyeri tulang dan osteomalacia pada orang dewasa, penurunan sistem kekebalan tubuh, serta meningkatkan risiko kanser.

Selain itu, jika vitamin D tak mencukupi dalam tubuh, ia menyebabkan lemah daya tahan dan sering sakit. Selain itu ia juga boleh menyebabkan:

1. Sakit tulang dan sendi
2. Sakit belakang
3. Luka lambat sembuh
4. Lemah otot
5. Letih dan cepat penat
6. Murung
7. Tulang rapuh

Oleh itu dedahkan diri anda dengan cahaya matahari selama 6 hingga 8 minit setiap hari.

Sama-sama saling mengingatkan agar kita semua peroleh kesihatan yang baik dan memanfaatkan sisa usia dengan sebaiknya.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. nice info..biasa nk berjemur tu timing mcm mana sesuai ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kat Malaysia ni sesuai waktu pagi la kan..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close