Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sarapan Simple Dan Sedap Dengan Roti Jala Dan Nasi Lemak

Sarapan Simple Dan Sedap Dengan Roti Jala Dan Nasi Lemak. Hari sabtu macam ni, sarapan apa sedap ya? Nak masak sendiri takkan nak buat macam-macam, sebab yang makan tak ramai. Apa kata kita makan macam-macam tapi masak di dapur orang lain. Haa.. macam mana tu? Beli je la.. haha

Sementara hantar si bujang kecil pergi darjah khas (untuk negeri Johor), maka saya singgah sekali beli sarapan di deretan kedai yang tak jauh dari sekolah agama anak saya. Jom kita pilih-pilih breakfast apa yang sedap..


Sarapan Simple Dan Sedap Dengan Roti Jala Dan Nasi Lemak


Orait!!

Sarapan kami simple je pagi ni iaitu nasi lemak ayam, roti jala, donat dan karipap. Simple tetapi sedap uols.. 😀😀

Gambar Sarapan Simple Dan Sedap Dengan Roti Jala Dan Nasi Lemak

Kalau korang tengok donat tu, apa korang fikir? Macam tak cantik kan? Tapi dia punya lembut isi dia dan kulit luar dia macam garing sikit.. memang sedap sangat.

Sarapan Simple Dan Sedap Dengan Roti Jala Dan Nasi Lemak

Kombinasi sarapan simple kita orang, ada kuih muih, roti jala dan nasi lemak ayam. Beli sikit-sikit je, tapi dapat rasa yang pelbagai. Kita kongsi sama-sama, ok 👌👍

Kuah roti jala dia memang pekat dan sesedap rasa.


Nasi lemak ayam goreng madu. Lupa pulak berapa harga dia. Nasi lemak dia kukus, ngam-ngam je lembut dia. Sambal pun sedap, manis dan pedas.


Kalau korang nak sarapan yang pelbagai dan mudah nak disediakan, order je kat dapur orang lain. Insya Allah semua dapat. Di samping itu, niatkan lah sedekah kepada peniaga-peniaga kita ni, kita kenyang dia pun dapat rezeki yang halal. Betul tak??

Okay, selamat bersarapan semua..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close