Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ucaplah Alhamdulillah Walau Hidup Diasak Dengan Dugaan

Ucaplah Alhamdulillah Walau Hidup Diasak Dengan Dugaan. Dugaan tetap datang kepada setiap orang walau kita sebaik-baik manusia waima sejahatnya sekalipun. Hidup bukan kehidupan namanya jika tidak diduga. Suka atau tidak, kita kena hadapi juga. Tak usah statik dan murung jika menghadapi ujian dan dugaan hidup. Setiap orang menerima dugaan yang berbeza-beza, mengikut kemampuan masing-masing.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]

Ucaplah Alhamdulillah Walau Hidup Diasak Dengan Dugaan

Allah itu tidak sekali-kali akan menzalimi hamba-hamba-Nya dengan memberi kita ujian-ujian yang melebihi tahap kemampuan kita. Tidak sekali-kali. Lihatlah, rasailah betapa pengasihnya Allah SWT kepada kita.

Ucaplah Alhamdulillah Walau Hidup Diasak Dengan Dugaan


Betul ke kita kena ucap "alhamdulillah.." walau diuji bertali arus? Kenapa pula ditimpa musibah kena ucap alhamdulillah? Ada banyak ucapan positif yang boleh disebut bila menerima ujian dari Allah. Boleh juga sebut, "innalillah.. sampai habis.." dan boleh juga sebut alhamdulillah, subhanallah dan sebagainya. Yang penting kita tidak terkeluar perkataan sumpah seranah dan kata-kata yang kotor dari mulut kita. 

Dugaan demi dugaan Allah yang hantar. Allah yang beri. Maka, ucaplah alhamdulillah. Sebab apa? Sebab kita antara insan yang terpilih. Allah sayang kita sebab tu didatangkan ujian. Allah nak naikkan darjat kita berbanding orang lain. Tak suka ke? Dalam kita bersedih, sedihlah buat sementara waktu sahaja. Kemudian, berpalinglah dan mengadulah kepada Allah. Inilah waktu dan saatnya yang Allah paling suka iaitu bila hambaNya mengadu kepadaNya melalui doa-doa dan munajat. Allah dekat dan selalu mendengar. Walau sekadar bisikan kata hatimu. 

Cuba ucapkan Alhamdulillah bila kamu dalam keadaan keliru, kehilangan sesuatu, saat tertekan, menghadapi kehancuran, dalam ketakutan, dikala hilang harapan, bila hatimu dilukai.. ucapkanlah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kerana jika Dia membangkitkan semangatmu semula, tiada sesiapa pun yang dapat menghalangnya! 

Jadilah seseorang yang lebih berharga bila Allah mengujimu. Bangkit dan teruskan melangkah. Allah telah sediakan sebesar-besar hikmah di hadapan dengan syarat kamu yakin dan sabar kepadaNya.

Selepas hujan pasti ada pelangi berwarna warni sesudah itu.

Semoga terus tabah. ❤

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. alhamdulilla. apa saja yang dtang kami anggap ujian dan dugaan, semoga tabah dan kuat semangat menghadapi nya

    ReplyDelete
  2. betul tu..dgn mengucap Alhamdulillah hati jd tenang..perkara jd mudah..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close