Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Udang Goreng Tepung Dan Masak Sweet Sour Air Tangan Orang Bujang

Udang Goreng Tepung Dan Masak Sweet Sour Air Tangan Orang Bujang. Orang bujang di rumah yang berumur 20 tahun tu lah hero kesayangan saya yang amat cekap memasak di dapur. Bila masak, bukan setakat 1 lauk, dengan sayur dan lauk kedua pun dia masak sekali. Saya cuma pesan, "ibu dah keluarkan udang. Nanti masak ya.." dan di jawab, " okay bu..". Itu je.. Tak tanya resepi dan lain-lain soalan. Hmm... Kalau korang nak tahu, anak bujang saya suka explore. Bagaimana dia minat bidang perubatan sebab nak tahu banyak tentang tubuh manusia, begitulah juga dengan memasak. Dia akan explore sampai rasa dia jadi luar biasa.

Tapi satu je, kalau dia masak kita tak boleh komen pasal dapur bersepah. Itu pun satu kemahiran dia, sepahkan dapur. Bila ditanya, katanya akan kemas balik bila dah habis masak semua menu. Kita pulak tak sabar, sambal memasak sambil cuci pinggan mangkuk kat sinki dan lap segenap dapur. Hehe..

Udang Goreng Tepung Dan Masak Sweet Sour


Memang sedap-sedap lauk yang dia masak. Untuk menu tengahari tadi, dia masak udang sweet sour, udang goreng tepung rangup dengan sayur chap choy masak dengan jejari ketam dan sos tiram. Rasanya memang umphh!!

Jom layan gambar dulu..

Udang Goreng Tepung Dan Masak Sweet Sour Air Tangan Orang Bujang

Udang harimau goreng rangup. Buang semua kulit dan tinggalkan ekornya saja. Anak saya masak guna tepung gandum dan tepung jagung. Ada campur garam sikit, dan juga gula. Rasanya memang sedap!!


Sayur tu pula, chap choy goreng dengan sos tiram dan jejari ketam. Ada campak udang seketul dua.. hehe

Gambar udang goreng tepung


Yang last sekali, menu udang sweet sour. Dia guna cili padi untuk masak masam manis, sedangkan ibu dia ni selalu guna cili kering dengan sos cili dan sos tomato. Tapi jadi jugak tu.. memang kreatif budak ni!

Menu kesukaan si adik tentulah udang goreng tepung. Dan kerana si adik suka, abangnya lebihkan udang goreng tepung tu.. so touching.. 😍😍😍

Semoga perkongsian di atas dapat memberikan anda idea untuk masak apa malam ini. Kalau tak ada udang, masaklah apa yang family suka. Okay.. 👍😊

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close