Ayat-Ayat Pelindung Diri Dari Al Quran. Selain dari perlindungan panas dan hujan, untuk kulit muka dan badan.. kita juga memerlukan pelindung diri secara rohaniah (dalaman) daripada anasir jahat yang kita tak boleh nampak dari mata kasar. Kalau kita semua boleh nampak yang namanya makhluk halus, dah lama kita semua pengsan, bangun dan pengsan semula. Sebab apa? Ketakutan laa.. kita sebagai makhluk Allah yang tak sempurna dan banyak dosa, memang susah nak nampak makhluk halus dan sebagainya. Oleh itu, sebagai usaha melindungi diri dan ahli keluarga dari kejahatan manusia, jin dan syaitan, maka kita digalakkan mengamalkan membaca ayat-ayat suci al Quran. Semoga usaha kita ini diberkati oleh Allah SWT.
Ayat-ayat al Quran adalah penawar kepada penyakit kecuali mati. Mati itu rahsia Allah. Jika kita sakit akibat perbuatan sendiri, manusia atau jin/ syaitan, maka kembalilah kepada al Quran. Biasakan membaca dan menghafal surah-surah lazim dari al Quran. Insya Allah.. ianya semua bisa menjadi penawar di saat diperlukan. Semoga Allah bantu kita dari segenap sudut.
Al Quran adalah penawar. Ia juga terapi kepada tubuh kita yang lelah dari segi fizikal dan mentalnya. Ada ayat-ayat khusus dalam al Quran yang boleh digunakan sebagai syifa' dan ada juga ayat-ayat al Quran ampuh digunakan sebagai pelindung diri.
Di bawah ini adalah antara ayat-ayat al Quran sebagai pelindung diri untuk manfaat kita bersama.
1. Ayat Kursi (1 kali)
2. Surah al-Ikhlas (3 kali)
3. Surah al-Falaq (3 kali)
4. Surah an-Nas (3 kali)
Ayat kursi di baca sebanyak 1 kali setiap malam, sebelum melelapkan mata. Kalau nak tambah baca 1 kali setiap kali selepas solat fardhu, lagi bagus. Ayat kursi bila dibaca pada waktu-waktu disebutkan di atas, boleh menjadi pelindung kepada kita. Kalau dibaca sewaktu nak tidur, Allah turunkan Malaikat menjaga kita sepanjang kita tidur, terhindar dari niat jahat atau kecurian sewaktu dalam keadaan kita tak sedar itu.
Surah al -Ikhlas sebaiknya di baca selepas usai solat fardhu sebanyak 3 kali. Sebagai tambahan, baca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali sebelum tidur. Ia boleh menjadi pelindung diri dari gangguan ketika tidur.
Dibaca sebelum tidur sebanyak 3 kali boleh terhindar dari serangan sihir dan orang yang dengki kepada kita.
Surah al Falaq banyak hikmahnya bagi menjauhkan dari gangguan syaitan. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
Surah an-Nas ayat berlindung dari jin dan manusia. Keistimewaan Surah An Nas antara lain, iaitu surah ini memiliki kedudukan yang tinggi di antara surah-surah yang lainnya, merupakan salah satu surah Al Mu’awwidzataini iaitu dua surah yang mengandung permohonan perlindungan selain surah Al Falaq. Barang siapa yang membaca surah ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan mencukupinya dari segala sesuatu.
Sedangkan untuk manfaat Surah An Nas sendiri, antara lain boleh digunakan untuk meruqyah (merawat dalam perubatan islam) ketika anda mengalami sakit tenat, boleh melindungi dari godaan syaitan ketika sedang tidur. Caranya, membaca Surah An Nas sebelum tidur. Juga mampu melindungi dari segala bentuk macam sihir yang dilakukan oleh manusia, jin ataupun syaitan. Kerana inti dari Surah An Nas ini sendiri untuk memohon perlindungan kepada Allah.
Semoga bermanfaat. Segala perkongsian di atas adalah kompilasi daripada posting saya terdahulu, juga daripada blog-blog muslim, tazkirah dan banyak lagi. Semoga tulisan yang sedikit nanti menemukan kita di syurgaNya. Aamiin...

Ayat-Ayat Pelindung Diri Dari Al Quran

1. Ayat Kursi
Ayat kursi di baca sebanyak 1 kali setiap malam, sebelum melelapkan mata. Kalau nak tambah baca 1 kali setiap kali selepas solat fardhu, lagi bagus. Ayat kursi bila dibaca pada waktu-waktu disebutkan di atas, boleh menjadi pelindung kepada kita. Kalau dibaca sewaktu nak tidur, Allah turunkan Malaikat menjaga kita sepanjang kita tidur, terhindar dari niat jahat atau kecurian sewaktu dalam keadaan kita tak sedar itu.
2. Surah al-Ikhlas
Surah al -Ikhlas sebaiknya di baca selepas usai solat fardhu sebanyak 3 kali. Sebagai tambahan, baca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali sebelum tidur. Ia boleh menjadi pelindung diri dari gangguan ketika tidur.
Apabila kita membaca surah al ikhlas 3 kali selepas setiap solat fardhu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasulullah SAW bersabda, "Surah al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (rohani atau jasmani)." (HR Ibnu Majah r.a)
3. Surah al-Falaq
Dibaca sebelum tidur sebanyak 3 kali boleh terhindar dari serangan sihir dan orang yang dengki kepada kita.
Surah al Falaq banyak hikmahnya bagi menjauhkan dari gangguan syaitan. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
4. Surah an-Nas
Surah an-Nas ayat berlindung dari jin dan manusia. Keistimewaan Surah An Nas antara lain, iaitu surah ini memiliki kedudukan yang tinggi di antara surah-surah yang lainnya, merupakan salah satu surah Al Mu’awwidzataini iaitu dua surah yang mengandung permohonan perlindungan selain surah Al Falaq. Barang siapa yang membaca surah ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan mencukupinya dari segala sesuatu.
Sedangkan untuk manfaat Surah An Nas sendiri, antara lain boleh digunakan untuk meruqyah (merawat dalam perubatan islam) ketika anda mengalami sakit tenat, boleh melindungi dari godaan syaitan ketika sedang tidur. Caranya, membaca Surah An Nas sebelum tidur. Juga mampu melindungi dari segala bentuk macam sihir yang dilakukan oleh manusia, jin ataupun syaitan. Kerana inti dari Surah An Nas ini sendiri untuk memohon perlindungan kepada Allah.
Semoga bermanfaat. Segala perkongsian di atas adalah kompilasi daripada posting saya terdahulu, juga daripada blog-blog muslim, tazkirah dan banyak lagi. Semoga tulisan yang sedikit nanti menemukan kita di syurgaNya. Aamiin...
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.