Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia, Mersing

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia, Mersing. Perjalanan di bumi Mersing adalah satu lagi persinggahan sementara kami dalam memenuhi cita-cita anakanda bongsu mengejar tangga demi tangga kejayaan. Dari Merbok, Kedah berpindah ke Mersing Johor. Bukan semua orang dapat peluang mengutip pengalaman hidup di tempat orang dalam usia muda. Semoga segala pengorbanan dan jerit perih menjadikan kita semua lebih matang, sabar dan seorang makhluk Allah yang lebih baik.

Berkelana ke Mersing, kami bermalam di Hotel Seri Malaysia. Sesuai dengan keadaan sekarang, kami tak mengharap apa-apa layanan first class, cukup dan berehat dan membersihkan diri. Alhamdulillah, semua orang yang kami jumpa menjaga diri sendiri dengan pemakaian pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial. Alhamdulillah.

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia, Mersing
Pemandangan hotel waktu malam

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia, Mersing


Kami check-in di Hotel Seri Malaysia lebih kurang pukul 5.30 petang sabtu 8/8/2020, setelah selesai mengisi perut kerana kelaparan.

RELATED .. Perjalanan mencari pengalaman di bumi Mersing .. Selanjutnya

Selepas berehat dan melaksanakan solat maghrib, kami keluar mencari makan di sekitar hotel saja. Dapat melayan tekak makan yong taufu, sedap juga rasanya. Order tauhu bakar, pun sedap. Tak perlu jauh-jauh, jalan kaki saja.. dah sampai. Hehe..

Sebelah pagi keesokan hari, kami bersarapan di kafe hotel. Encik suami dah tempah semalam menu yang nak dimakan, iaitu nasi lemak dan mee goreng. So, kerana pandemik covid-19 sekarang, tak de buffet style semua.. kita duduk dan makanan akan di hantar kemudian berserta air, sejuk dan panas. So.. tak boleh kumpul-kumpul setempat gitu..

Layan menu breakfast kita orang okay..

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia, Mersing

Sarapan nasi lemak dan kopi 'O'. Fresh orange pun ada..


Mee goreng dia sedap kata si bongsu, sebab malam tadi order mee goreng tak sampai, kita cancel order. Pagi nya dapat makan pulak, memang dah rezeki dia..


Coffee or tea? Cold or hot? Hehe..sebut gitu tau..
Bermalam Di Hotel Seri Malaysia, Mersing

Selepas sarapan, terus geraÄ· ke MRSM untuk pendaftaran. Semuanya dapat dilaksanakan dengan sempurna, dan kami tinggalkan dia di asrama. Dah biasa katanya.. tak sedih pun. Haha.. anak bertuah betul.

Semoga cita-citanya untuk mengikut jejak langkah si abang akan menemui kejayaan. Teruskan mengorak langkah anakku!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close