Betapa Powernya Zikir Allahumma Yaa Barik atau Bari'. Yaa Barik maksudnya yang Maha Perancang. YA BARI', Yang Maha Merancang. Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 kali selama 7 hari berturut-turut, insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut. Betapa powernya bila kita zikirkan ya Barik selepas subuh sebanyak 40 kali, Allah akan ambil alih segala urusan kita mengikut perancangannya. Ingat! Kita memang merancang tetapi perancangan Alllah yang terbaik.
Al Bari' adalah asamul husna. Antara 99 nama Allah. Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam asma'ul husna terdapat keistimewaan yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia. Allah SWT akan memakbulkan keinginan hamba yang berdoa dan berzikir dengan nama Nya sesuai dengan keistimewaan yang terkandung di dalam nama tersebut.
Doa - wa ufawwidu amri ilallah.. Doa mohon selesai segala masalah
Baca juga : Pesanan Indah Untuk Pencinta Sedekah
Dalam apa jua pekerjaan, perancangan dan impian kita, masukkan nama Allah didalamnya. Kita mengadu kepada Allah segala kehendak dan tujuan kita pada masa hadapan. Harapan yang baik-baik. Insya Allah satu persatu Allah akan tunaikan hingga menjadikan anda sendiri terkejut.
Betapa Powernya Zikir Allahumma Yaa Barik
Screen shot dari twitter. Dikongsikan oleh ramai orang. So, benda yang baik kita kongsi, agar manfaatnya sampai kepada ramai orang. Jangan tinggal doa selepas solat subuh, kemudian baca Allahumma ya Baarik.. 40 kali.
Baca Ini juga: Rahsia Ayat 128 - 129 Surah at Taubah Menyelesaikan Masalah & Ujian Rumahtangga
Lepas tu tambahkan lagi baca Ya Fattah 40 kali dan Yaa Razzaq 40 kali. Jika sempat la, kalau tak sempat amalkan zikir Allahumma ya Baarik 40 kali pun dah power!!
Habis zikir-zikir di atas, tutup dengan doa ini,
"Ya Allah, aku serahkan hidupku, keluargaku dan seluruh kehidupanku untuk di aturkan oleh Mu ya Allah, untuk diuruskan olehMu ya Allah. Aamiin... "
Mengikut ustazah Asma Harun, ada satu zikir yang apabila di amalkan selepas subuh, selepas berdoa.. insya Allah akan memakbulkan apa yang kita doakan tersebut. Apakah zikir tersebut? Iaitu ALLAHUMMA YAA BAARIK. Kerana Allah yang Maha Perancang, Pengatur kehidupan kita. Kita serahkan seluruh urusan kita sepanjang 24 jam itu di tangan Allah.
Berdasarkan pengamalan sendiri, saya telah amalkan zikir Allahumma Yaa Baari' @ Baarik sejak saya tahu dari ceramah ustazah Asma Harun. Setiap pagi selepas subuh, baca 40 kali. Insya Allah, semua urusan kita sepanjang hari tu, dari buka mata sampai nak tidur. Semuanya terancang dan siap dengan mudah aje. Kalau ada halangan, mudah je selesai sesuatu halangan atau cabaran tersebut. Cubalah amalkan. Anda akan tahu mustajabnya zikir ini.
Jom sama-sama amalkan. Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.