Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dinner Di JBorn Cafe & Bistro

Dinner Di JBorn Cafe & Bistro. Cerita malam tadi. Kami pergi makan malam di JBorn Cafe, di Kg Melayu. Sebelum ni pun kami pernah makan di sini, boleh baca pada pautan ini ya. Kali ini kunjungan bersama hero remajaku yang sedang bercuti sakan akibat pandemic covid-19 di seluruh dunia. Maka, berkampunglah dia di rumah. Hehe.. entah bila boleh balik ke Egypt, entah bila universiti di buka semula. Kena tungguuu... lagipun sekarang sedang cuti semester 3 bulan. Memang ngamlah dia bersantai bagai..

Walau sedang bercuti, dan memandangkan keadaan macam kurang baik hingga kini, kami ada juga buat persediaan mohon pindahan kredit ke universiti tempatan. Keputusan akan ďiperolehi dalam tempoh 2 bulan. Maka, jika keadaan makin meruncing, hero kami ni akan sambung ijazah perubatannya di local university. Kita ambil yang mana bermanfaat. Okay..

RELATED .. Makan Mee Bandung Di JBorn Cafe .. selanjutnya

Berbalik pada dinner kami, tak banyak yang kami order, tetapi harga lepas makan tu, mak aiii.. terfikir balik. Apa yang kita makan tadi? Haha.....

Dinner Di JBorn Cafe & Bistro


Alhamdulillah. Habis semua dimakan segala menu yang di order. Haha.. sebab lapar, dari tengahari hanya makan roti dan kek.

Yang kami order adalah:

🎈 Nasi kambing goreng kunyit
🎈 Nasi goreng daging
🎈 Fried chicken chop
🎈 Mee rebus
🎈 Nachos + kambing cincang
🎈 Butter prawn
🎈 Fries
🎈 Jus Apple
🎈 Nescafe Ais
🎈 Teh lemon panas
🎈 Chocolate Ais Blended

Gambar pertama ni adalah nachos dengan daging cincang. Crispy dan boleh tahan rasanya. My hero memang suka. 

Dinner Di JBorn Cafe & Bistro

Gambar bawah ni pula Nasi kambing goreng kunyit. Rasa daging kambingnya biasa je, macam tak diperap dulu, sekadar goreng gaul kunyit dan garam gitu.. saya makan tak habis, anak yang sulung tolong habiskan. Haha..



Okay ke KO? Hmm.. inilah rezeki kami malam ini, En suami belanja. Tapi, portion makanan pun taklah banyak, contohnya nasi goreng daging, sikit je tapi mungkin sebab ada daging, itu yang jadi mahal kut.. rujuk gambar bawah..



Gambar atas adalah kentang goreng. Portion pun tak banyak. Gambar bawah pula butter prawn. Sedap.. rangup dan tak berminyak. Memang recommended la..

Dinner Di JBorn Cafe & Bistro

Gambar mee rebus En suami dan chicken chop anak kecil saya tak sempat ambil, dia orang dah ngap dulu. Hehe.. sabor je la

Kalau korang nak datang sini, datang bersama kawan-kawan ke, kena share-share la bayar ya. Nanti bankrap kawan tu.. haha, sekadar bergurau..

Walau apa pun yang kita makan, biarlah semuanya bersederhana..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close