Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dinner Sate Dan Siakap Stim Limau

Dinner Sate Dan Siakap Stim Limau. Malam di ambang merdeka. Kami decide untuk makan di luar memandangkan esok kan cuti Hari Kebangsaan ke 63 tahun. Cuti umum seluruh Malaysia. Jadi, kami keluar selepas Isyak. Konon, tak ramai orang kat restoran berdekatan rumah sebab rasanya ramai yang balik kampung. Al maklum cuti hujung minggu yang agak panjang.

Tapi tanggapan kami salah sama sekali. Restoran pertama pergi, penuh meja semua. Restoran kedua, lagi teruk. Kereta berderet tunggu nak masuk parking. Hmm.. kalau restoran ke tiga pun penuh, kita akan ngeteh (makan minum santai) kat rumah aje la..

Dinner Sate Dan Siakap Stim Limau


Nasib baik restoran ke tiga agak lengang dan parking banyak. Apa lagi, cepat-cepat masuk restoran ikut SOP, almaklum sekarang kan masih PKPP. Sebaik kami duduk, ramai pulak yang masuk juga dengan keluarga masing-masing. Terus penuh pulak satu restoran.

So, malam ini kami pilih menu campur-campur iaitu sate, siakap stim limau, sotong goreng tepung dan telur bungkus.

Dinner Sate Dan Siakap Stim Lemon

Sate ayam dan daging. Lembut satenya diselang dengan lemak, memang sedap la.. tapi itulah.. tambah berapa kilo agaknya??


Lepas tu telur bungkus dengan sotong goreng tepung. Sotong tu kita orang ratah je, nasi belum sampai sotong dah habis. Tapi memang sedap, rangup di luar lembut di dalam..


Dinner Sate Dan Siakap Stim Lemon

Menu utama, siakap stim limau. Saiz ikan tu besar, makan 5 orang pun cukup. Tapi kami ada bertiga je, maka makanlah sampai kenyang. Haha..

Dinner Sate Dan Siakap Stim Lemon

Oleh kerana orang atau pelanggan yang tetiba ramai tadi, order kami sampai lebih kurang dekat sejam. Sabarlah bebanyak ya.. kalau tak sabar dah lama kami angkat kaki.

Selamat menjamu selera..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close