Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Layan Cuaca Panas Dengan Cendol Durian

Layan Cuaca Panas Dengan Cendol Durian . Bagaimna cuaca di tempat anda? Panas, dingin atau hangat? Haha.. kat selatan tanahair ketika saya menulis entri ini sedang panas lit-lit orang kata. Panas yang tak boleh bawak bincang. Nak keluar rumah pun malas, nanti mesti lekit satu badan sebab peluh. Tapi disebabkan Encik suami ada urusan sedikit, kami keluar jugak. Dahlah panas, kena pakai pelitup muka lagi. Memang berpeluh je atas bibir dan hidung ni. Bila dah selesai urusan, kami singgah makan cendol sekejap, lokasi di bawah pokok yang rendang. Hehe.. memang agak nyaman jugak la..

Layan Cuaca Panas Dengan Cendol Durian

Layan Cuaca Panas Dengan Cendol Durian

Saya ambil cendol durian, si bujang dan ayahnya pesan cendol pulut. Baiklah.. dàh dapat cendol masing-masing. Cendol durian harganya RM8.00. Cendol pulut pula RM4.00. Puashati makan dengan cuaca panas dan ditemani cendol yang menyegarkan.

Layan Cuaca Panas Dengan Cendol Durian


Nampak tak kandungan duriannya, dahlah kuning dan banyak pulak tu. Dalam tu ada 3 ulas durian yang sedap betul punya, bukan durian yang keras kejung. Hehe..


Layan Cuaca Panas Dengan Cendol Durian

Rasa manisnya memang lemak, secukup rasa. Tak ada rasa santan yang dah masuk angin.. hehe, santan segar dia guna.

Panas lit-lit macam ni memang sedap layan cendol durian. 

Kalau korang layan tak cendol durian macam saya? Atau lebih suka ABC special? Terpulanglah nak layan panas-panas dengan pilihan air yang korang suka.. yang penting kurangkan manis dalam minuman dan lebihkan manis dalam senyuman. Kalau air anda manis sangat, campurkan sedikit dengan air masak. 

Selamat beristirehat.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. tadi nak pekena cendol..tutup pula kedai
    bukan rezeki..huhu

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close