Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lunch Masak Lemak Labu Dan Kacang Buncis Dengan Ayam Goreng Berempah

Lunch Masak Lemak Labu Dan Kacang Buncis Dengan Ayam Goreng Berempah. Alhamdulillah. Rezeki hari ini dapat masuk dapur dan masak sendiri lauk pauk untuk family. Bila hari biasa, tak sempat masak pada waktu siang sebab stuck dengan kerja pejabat. Tetapi kalau sempat, saya akan masak awal pagi sebelum pergi kerja. Tetapi since tinggal anak bujang sorang kat rumah, kadang kala saya akan meminta dia yang masak. Semua bahan ada dalam peti sejuk, tinggal nak guna dan pelbagaikan je..

Lunch Masak Lemak Labu Dan Kacang Buncis Dengan Ayam Goreng Berempah


Terliur tak dengan hidangan lunch saya? Gurau je, masak apa pun tak kisah. Yang penting ikhlas dan memasak dari hati ya.. bukan terpaksa.

Lunch Masak Lemak Labu Dan Kacang Buncis Dengan Ayam Goreng Berempah


Lunch Masak Lemak Labu Dan Kacang Buncis Dengan Ayam Goreng Berempah


Masak lemak labu dengan kacang buncis. Biasa orang letak kacang panjang.. Tapi saya kurang gemar kacang panjang, maka ganti dengan buncis. Rasanya lebih rangup gitu..



Ayam cincang goreng berempah, cara masak ayam goreng yang sedang viral sekarang ni. Macam mana tu ye? Senang je, ayam tu potong atau cincang kecil kemudian perap dengan rempah seperti halia, serai, daun kari, kunyit dan sedikit jintan manis dan ketumbar. Ya Allah sayang.. sedap sangat. Dah lah bau harrum, masuk mulut pun sedap lembut gitu ayamnya. Biasa kat Johor ni ayam cincang berempah, dengan nasi, sambal belacan dan ulaman, dia orang jual semurah RM6.00 je. Ayamnya banyak dan juicy!

Oleh kerana tak puas makan bila asyik kena beli je, sekarang saya masak sendiri. Lebih puas hati. Hehe..

Lunch Masak Lemak Labu Dan Kacang Buncis Dengan Ayam Goreng Berempah


Nasi, sayur dan lauk.. penuh satu pinggan. Hehe.. bukan selalu. Hari Ahad je macam ni. Lepas geram makan puas-puas sebab pada hari bekerja, masa makan macam terkejar-kejar pula.

So, selamat memasak untuk family tersayang. Tak kisah lah mana yang sempat waktu siang atau malam. Yang penting sentuhan air tangan kita sendiri.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close